Gua dah janji dulu gua nak cite pasal macamana gua tak sengaje menipu cik Mumu jamaludin. Gua slalu panggil dier Ukjio je sebab ID Uni Kenterburi dier UKJ10. Malas la gua nak cite panjang, nanti gua meraban. Gua bukan ape, nanti banyak sangat gua mengarut, nanti riwayat gua terpesong. Dhaif dan tak menepati ciri ciri riwayat yang sohih. Gua kene berpegang kepada prinsip riwayat perlu tawattir. Matan serta sanad kene tepat dan konsisten bagi setiap rawi.
Gambar sekadar selingan. Cume nak share legend gua mandi kat Mt Hutt. Mandi pakai snowgun memang bagus untuk kesihatan terutama bahagian otot lutut gua yang longgar, tambahan pula gua tak mandi pagi haritu. Memang hukumnye afdhal la. Sayangnya lepas 5 minit gua hampir koma. Nasib baik gua pakar CPR lantas gua buat CPR kepada diri sendiri. Macamana lu jangan tanye, "Leave it to the pro", pro macam gua. Teringat gua dengan baju Abg Gu; "Trust me, I'm a doctor". Tapi takde pulak gua tengok aweks omputeh beratur mintak CPR ngan dier. Heh. Gua pikir mesti dier tak cukup mengiurkan.
Gua rase aritu ari Kamis. Esok ari jumaat. Gua tak mandi lagi aritu. Sejuk bai, winterchill -10celsius. Ditambah lagi dengan keotaian gua memakai seliper jepun ke kelas. Inilah hasil bertapa dalam winter tak pakai heater masa 2nd year. 3 bulan gua survive dalam kedinginan yang akut. Masa tu masuk bilik gua pon bole buat breath yang ade kabus kabus tu. FYI mende ni amat dijakuni oleh para kanak kanak yang baru rase negeri omputeh. Result pertapaan gua, gua bole rase suam suam kuku 10 celsius, panas pulak kat 15celsius. Gua bole calibrate suhu sekeliling gune reseptor suhu kat kulit gua. Tahap gua dah macam dah mencapai jalan lapis syurga. Kagum? Gua baru gebang sket kelegendan gua. Gua dengar desas desus Mamblow ikot jejak langkah gua bertapa bagi meningkatkan makam legend. Tapi Mamblow lagi hardcore, 2 Winter dier bantai bertapa. Gua dengar air dalam botol dalam bilik dier dah transform jadi ais. Gile bai!
Jeremy, lecturer Fluid Dynamics gua dah gebang yang dier nak kensel klas. Gua dah tersengguk sengguk dah tak tau pokok pangkal accent british dier. Mumu pulak gelabah yang Jeremy nak kensel klas. Mumu mana biasa kensel kensel klas. Dier ni jenis spesies tak tak layan monteng klas. Bagi dier monteng klas dah bole jatuh hukum fasakh, perlu bermuhabalah. Gua monteng gua rase dhoif je,tu yang gua buat dek je. Si Mumu ni kalau bole qada dier nak qada sume klas termasuk klas klas yang kensel sebab cuti menyambut ramadhan. Respek! Kutu kutu lain monteng klas masa tu, yang ade gua ngan Mumu je. Gua tak sure ape angin gua datang klas pagi. Gua rase mesti Mumu yang hasut gua pegi klas. Gua rase la.
Mumu ni student pempuan kat klas gua. Lagi sorang Firda mana ntah ilang, gua rase dier pon bertapa kat umah macam gua. Firda ni pon hardcore gaban, mana main bertapa, hibernasi je tros. Mumu ni best student la. Macam gua jugak, tapi gua ikot mood. Kalau gua rase klas tu berbaloi, gua score la. Kalau gua rase pengajaran sampah, jangan harap gua nak layan. Gua protes. Tu yang membezakan gua dengan Mumu. Lagipun gua selalu hibernasi kat umah instead of pegi klas. Level makam gua kene improve lagi, luah hati gua keselamberan.
Sebelum tu gua nak cite yang bdak bdak klas mech eng ni ade buat betting. Taghut sial, dah klua obersi dah pandai betting. Kitorang sume dah penah tak sengaja tak datang klas, dengan kate lain sume dah ponteng klas macam satu kewajipan. Mumu je tak penah ponteng. Dier kental. Gua pon kental, cume gua malas buang masa je. Kitorang betting sapa dapat buat Mumu ponteng klas, sume kutu akan kumpul duit beli chips, makanan yang berupa cheezy wedges. Mumu tatau pasal ni, so kitorang dah siap kumpul duit siap siap dari stat klas sem tuh.
Mumu sound gua betul ke Jeremy nak kensel klas. Gua cakap aa ah, dier nak kensel sume klas tahun ni sempena Hari Wesak. Jeremy dah convert Buddha. Mumu bengang dengan gua. Kate gua tipu. La memang la gua tipu, kenapa percaya. Jeremy fanatik Maikel Jeksen kot. Berderet deret cd kat umah dier, gua penah pegi umah dier pow periuk nasik, gua tak tipu. Demi menjaga hati Mumu, gua cakap la Jeremy kensel klas esok, sebab nak pegi semayang Jumaat. Yang kensel klas tu gua rase betol la, yang semayang jumaat gua reka je kat sini. Gua dah lupe ape sebab yang gua gebang kat Mumu. Mumu akur lalu blah ke klas lain. Gua? Gua balik umah menyambung pertapaan. Buang masa je pegi klas yang menghabiskan sisa sisa hidup gua ni, gua protes dalam hati. . Umur 40 nak kene daftar ahli masjid fulltime. Gua kene mengorak langkah lagi drastik supaya masa muda gua tak lalai dek klas klas tersebut.
Malam tu Mumu YM gua. Amboi, nak pakai IMvironment jambu jambu je. Sesuai la kot, dier pempuan. Gua selalu pakai doodle sudah. Gua malas nak taip. Gua lukis lukis macam orang zaman batu je. Cepat, tepat dan ringkas. Gua dapat save beberapa kilobyte dan carbon footprint. Malaun lain pon cepat tangkap maksud gua. Yang mana kurang pikap suke sangat la gua coret pakai doodle, sebab bile gua taip sekor sekor tak paham ayat gua yang berintelek tinggi. Tapi gua wasatiah, gua kene ikut peredaran semasa supaya lebih syumul dan afdhal.
Mumu nak kompem ngan gua lagi klas ade ke tak. Gua pon dah lupe ape terjadi siang tadi. Pizza Domino ngan Sushi King yang gua makan tadi cepat sangat melalaikan gua. Cikgu gua cakap mende syubhah ni melupakan ilmu, tapi gua tak rase info siang tadi ilmu. Gua test buat soalan Stokes Equation. Heh, tengok, gua masih level PWND. So maybe gua lupe sebab info tadi remeh je, tak sesuai melekat kat minda gua, getus minda gua kelegaan.
Gua dah malas nak pikir lagi lantas gua cakap kelas takde esok. Jeremy pegi kluar 3 hari ngan tabligh. Yang ni betol, gua tak tipu. Mumu berpuas ati dengan penjelasan gua yang tuntas dan pantas. Lalu Mumu offline meninggalkan gua dengan dunia Frenster gua. Pastu gua sambung main Call of Duty 2 yang gua rase kali ke bape ntah gua main kat campaign Hill 400. Boom Boom Boom. Hehe. Gua still menang. Veteran beb. Bape kali ntah gua tembak Tiger tank sampai meletup. Kalau gua bosan gua tembak teammate sendiri. Takde hal, gua kene repeat scene je, takde kene courtmartial pon. Gua legend, sapa berani sound gua?
Esok ialah hari yang dinantikan. Judgement day. Kol 9am. Gua ntah camana rajen nak pegi klas, maybe dengan tujuan nak usha Rebecca Lee Smith. Besar Punya!! Gua kompemkan jap klas Fluid takde. memang takde, getus ati gua kegirangan. At least gua lalok pon gua dah convey mesej yang betol kat kutu kutu lain especially Mumu. Pastu gua lepak kat komputer lab bernama Glade dengan niat buruk mengusha Becky. Gua gagal. Gua rase mesti ade ade kutu yang sabotaj gua. Kerana kecewa, gua balik umah melanjutkan pertapaan.
Kol 12pm gua datang uni balik untuk tujuan persolatan jumaat. Gua jumpe Mumu. Muka Mumu merah. Muka gua seposen. Lantas Mumu sound gua;
************************
"Oih tak gune, Jeremy kensel klas, tapi dier ganti kol 11am, ko tipu aku Amar. Jahat la ko.." luah hati Mumu kekecewaan.
Lu kate gua jahat Mumu? patut lu cakap gua genius sebab tipu lu ke, gua legend ke. Lu tak rase ke lu mengguris perasaan gua, bentak ati gua sendirian. Sebenaye gua tak tacing tacing pon kehkehkeh.
Bayangkanlah, orang tak penah ponteng klas, tetibe sebab pecaya member macam gua, terpaksa monteng. Rase macam minum air sirap minggu lepas. Payau dan kelat sket sket. Kalau minum lagi bole kene skurvi, kwasyiokor dan hepatitis bagai. Bole bawak sawan kalau kritikal. Boleh tahan jugak daya empati gua, details dan terperinci. Gua takde rase ape ape, gua takde perasaan. Ponteng ke tak gua tak kesah. Janji gua dapat usha Becky.
"Mana gua tau, lu tanye gua tengah lalok, gua belasah je la" sambut gua dengan nada tak bersalah.
Tu la susah cakap ngan Mumu. Gua cakap betul betul Mumu ingat betol. Gua cakap main main tapi Mumu ingat siries. Sume gua gebang Mumu amik siries. Tu lah susah cakap dengan Mumu.
****************************
Minggu depan gua dapat makan chips free, kutu kutu lain kene belanja gua sebab gua dapat menjerumuskan Mumu ke kancah pemontengan. Mumu still panas ngan gua. Kutu kutu lain pon tak puas ati sebab gua main tektik kotor. Sori la bai, gua opportunist. Gua kene bertindak selaras dengan masa dan ruang. Demi chips gua rangka sume plan flawlessly. Sume kene mesra cepat dan betol. Mesra dalam komunikasi, cepat menjalankan plan dan betol dalam mengambil strategi. Mumu jangan marah k. Nanti gua bagi chips ni kat Mumu eh!
p/s: Mumu skang tengah belajar amik phd kat uni kenterburi. Gua dengar dier nak jadi lecturer nanti. Bagus la, gua cukup saspek ngan Mumu. Cume gua harap takde orang yang pedajal Mumu macam gua pedajal dier. nak ikutkan banyak gua buat, tapi Mumu maafkan gua. How sweet nye Mumu!!