Ruangan gua promote bisnes akak bisnes

Ni iklan akak bisnes punye spot, lu orang jangan nk komplen banyak. Akak bisnes dah sound gua awal-awal letak link dier kat tempat paling obvious. Marketing kena agresif dan kencang, ujar Rahim Osemness kepada gua. Lagipun gua tau gua banyak kontek hehe..



Perkhidmatan andaman dan mekap mekap..







apa jenis topik yang patut gua ketengahkan?

Wednesday, April 28, 2010

Gua, Bergie Alfonso dan Intisari Rancangan

Riwayat kali ini berkisar tentang perlakuan gua yang dan perlakuan member gua yang bole dikatekan legend kampung melayu banting. Nama brader ni Berg, nama penuh dier Bergie Alfonso.

Berg seorang anak kelahiran Redlands dan bersekolah di sekolah sume jantan dari form 1 sampai form 5. Gua harap jangan ade yang salah paham hubungan gua dengan Berg. Hubungan kami intim sekadar rakan sepermejaan, tak lebih dari tu. Ade la ketika kami bergurau mesra, mungkin janggal bagi ex-skolah bukan sume laki. Berg dan gua punye gurauan agak luarbiasa. Aritu kitorang kantoi tiup tiup telinga dengan Cekgu Lela. Bagi kami ini adalah rutin harian, mungkin masyarakat luar kurang memahami culture kami seterusnya memandang serong kat gurauan kami. Jadi bekas skolah sume laki sememangnye menjadi challenge yang taf bagi seorang yang baru masuk ke hierarki sosial yang bias.

Namun tohmahan itu tak memberi kesan mental dan fizikal ke atas kami. Kami tetap chill main tiup telinga. Gua deduce dulu masuk skolah ade awek ke takde ke still tak menjamin kemandirian spesies gua. Gua rase sekolah tak memainkan peranan penting dalam proses awek hunting, karut gua dengan tenang. So lu jangan nak gebang skolah lu takde awek ok kalau lu takde.


Ade aritu kelas gua kene buat satu suratkaba untuk klas bahasa omputeh. Sume klas kene compete untuk hadiah krayon dan pemadam tikam. Gua rase pertandingan tu sia sia. Baik gua mempersiapkan diri dengan skill CS dan Pikachu Volleyball saban hari. Namun kutu kutu klas gua sebulat suara memfitnah gua supaya bertanggunjawab ke atas ruangan hiburan. Alang alang gua kene fitnah, gua heret Berg sekali. Berg ni takde feeling tacing tacing maka dier sempoi je kene fitnah ngan gua. Gua puas ati dapat kenekan member sekali. Jelas nampak ciri ciri tipikal seorang Melayu yang penuh hasad dengki.


Perbincangan di bilik Berg petang tu tak berapa membawa hasil. Perbincangan kitorang terpesong ke arah game, Kamil sengal dan awek awek kampung. Ditambah lagi dengan kehadiran kutu kutu lain kerana bilik Berg adalah antara port paling masyhur kat kampuan banting. Ade vending machine, GRO, air milo Chep, game arked, switch LAN, dan macam macam lagi. Penganut kepercayaan Dota sering bertandang sebab Berg adalah penganut yang biase biase tapi skill kamjad power. Selalu jugak gua tengok bilik Berg gelap tapi gua tak suke saspek buruk buruk kat deskmate gua. Gua husnuzzon.

Lepas tu kitorang membawa haluan masing masing untuk tdo petang tanpe membazirkan tenaga dari lunch tadi untuk bersukan. Buat bazir kalori je, getus hati gua. Tempe tengahri tadi masik terasa di saraf rasa gua. Rasenye yang lemak, tekstur yang lembut dan nama yang jawa membuatkan gua tdo lena petang tu.


Malam pulak gua dan Berg mendedikasikan masa lapang kami dengan mentelaah CS, Komik dan Movie baru donlod masa weekend. Masa kami terisi dengan begitu banyak material taghut sehingga kami pon dah tahap bukak mesjid baru kat bilik Berg bagi meneutralkan balik keadaan. Kat bilik Berg yang gua rase takde kasino dan pusat taman tema air/hiburan. Taman tema tdo adelah, malaun malaun dah tdo kat mana mana tanpa mengira sentimen masyarakat. Ade yang selambe badak tdo dalam loker, bergayut kat tingkap macam kongkang, nyorok bawah katil dan dalam kain pelikat member sendiri. Gua tengok dah lebih kurang kem pelarian perang Kandahar. Bantal pon dah kongsi sampai 8 orang. Tak penah hayat gua tengok kehidupan yang begitu ekonomi. Sampah sampah dalam bilik pon kadang kadang gua tengok dah terlupus dengan sendirinya. Gua terkujat kehairanan.

Rutin gua sepanjang 3 minggu lebih kurang macam tuh. Takde perubahan drastik dan tuntas. Yang gua sedar ade bekas megi minggu lepas yang tak basuh lagi. Ni mesti keje Yob, rumate gua yang lagi sengal dari gua. Tup tap tup tap, 3 minggu dah abes. Gua ngan Berg dah gelabah ayam pasal projek kitorang. Besok dah dateline. Barua kutu lain distract gua 3 minggu nih, ujar gua untuk menyedapkan perasaan.

Gua gelabah carik contoh klas lain tapi depa kedekut nak mampus. Gua sogok megi pama pon kerek takmo kasik suha sket. Unta betol la barua sume tuh. Berg dah kalut nak buat artikel hiburan kat Words. Hiburan pekejadah, cite pasal Dota Berg tau la. Pasal AF sekor sekor buta realiti show. Idea, idea....

Gua bergegas ke bilik Berg untuk mengatur satu meeting yang urgent gaban di saat saat genting. Kitorang ade kurang 24jam untuk bertindak. Sekeping suratkaba The Star edisi bile ntah mengiringi kedatangan gua ke bilik Berg. Gua klem ruangan hiburan The Star tak gebang kuat. Gua cadang supaya mendapatkan tabloid seperti Metro supaya ayat ayat kencang gosip dapat kami plagiat.

Berg mengharamkan penggunaan tabloid melayu kerana mengkhuatiri ayat alih bahasa mungkin tak se best yang disangka, lagi lagi English kami hanya tahap suam suam kuku. Not bad jugak pendapat Berg ni, tak langsung nampak beliau dari Redlands. Genius dan berjiwa ilmiah. Gua pulak rase penggunaan tabloid tak bole menggambarkan sifat professionalisme kami. Maklumat perlu tepat padat dan melariskan jualan akhbar, seru gua dengan yakin masa diskusi itu. Gua terasa hebat macam pengurus syarikat dalam drama tipikal melayu. Level intelektual gua masih bole diterima pakai lagi.

Lantas dengan masa yang singkat kami berjaya develop satu ruangan hiburan yang bakal menggegar institusi hiburan kampung banting sekaligus negara. Teamwork kami membuktikan tiada yang mustahil melainkan yang mustahil.

Esok nya gua submit kat ketua klas. Muke ketua klas dah lain macam, gua rase dier nak sound. Tadahal, gua bole sound balik cakap seluar dier senteng tak cool langsung. Pastu dier tunjuk kat sume orang, barua betul...


*****************************

"Apejadah sume intisari rancangan yang ko buat nih. Siap ade ruangan nombor ekor. Kurafat gile lu nih. Lu makan salah ubat ke" gelak barua barua lain kat gua dan Berg.

Page tu dah 3/4 penuh dengan intisari rancangan, siap ade satu cenel pasal gaban. Satu hari sume cite pasal gaban. Selamat pagi Gaban la, Respirasi Pagi Gaban, Buletin Gaban, Gaban Hari ini, Siri Bercakap dengan gaban etc.. Pastu gua malas gua curik intisari rancangan dari The Star langsung tak quote, gua tuka nama cenel je kasik nama dramatic sket. Gua sket tak goyang plagiat.

************************

Si Berg punye idea la letak result nombor ekor. Ni pon plagiat The Star. Complete dari magnum, Toto Sukan, Damachai sampai la ke Jackport. Gua kompem ruangan ni sekadar penuh ruang je. bagi menjaga hati Berg gua tulis artikel pasal orang kampung kantoi kat dalam kedai toto. Gua dah pandai karut dah masa tuh. Gua gebang kate brader tu kantoi sedawa sebut alhamdulillah. Bijak gua mengatur alibi. Yang gambar gua letak gambar barua klas gua jugak. Tu pon lepas gua sogok ngan nestum 3 in 1.

Kolum gua ngan Berg jadi ruangan paling hangat kampung banting time tu. Malangnya kolum kami kalah sebab ade barua kelas main kabel baik punya. Cite pasal Hollywood ape barang, tak berkembang minda betol, kompem layan AF American Idols tahap leleh nih. Fag gila bai! Kami tetap redha. Yang penting persahabatan kami utuh sampai skang. Pergh ayat kipas gua, terbaik!


p/s: Ni gua kasik riwayat betol takde gebang punya. Lu tanye la Bergie Alfonso, dier konpem klem dier legend jugak. Pasal intisari rancangan tu, gua sampai skang pikir feasibility cenel yang sume pasal Gaban. Lagu Gaban pon ramai hafal, ntah bape juta views kat youtube. Gua rase cenel Gaban bole idop, tadahal lah!

Gua Nak Beli Sebiji Gundam


Rase rase yang mana gua nak? Gua belanje jambu 999 sape betol..

Cilake mahal RM2rat lebeh celah mana nak cekau duit nih. Takkan nak berangan bawak gundam sambil drive Wira Perkasa. Gua nak jugak rase psychoframe ngan ade heightened awareness ability. Cool tak ingat beb, gua paling otai gundam kat Sg Boye. Genetik legend tu dah ade, tinggal celah mana gua nak beli/cilok/jumpe sebijik Gundam nih? Takde ke orang tertinggal tepi jalan ke? Ade brader misterius hadiahkan kat gua sebab gua tolong angkut dier balik masa ujan naik Wira Perkasa? Haih.



Kalau gua beli yang nih, kompem gua dapat major respek dari satu Sg Boye. Awek awek pon berebut kat gua. Sepantas kilat gua jadi hot macam goreng pisang panas.


Tapi gua sedar yang gua sebenarnye berangan kencang. Impian gua dah tinggal jadi kenangan. Gua pasrah di malam hari. Baru teringat gua tak solat isyak lagi. Patut la panas semacam...


p/s: Gua malas sket malam ni nak karut, gua nak fokus pada ukhrawi la kejap. Lama sangat bertaghut. Kene muhabalah nih.

Makam Gua Naik Mendadak!

Gua ade cite hot yang gua kompem lu naik nyampah kalau baca. Gua dah naik makam dah, tahap pemanduan gua bukan level driver saga kete kebal berGT wing dan berekzos tin kosong. Gua menuntut dengan brader AAM. Brader AAM tu sangat power, bole detect gua kasik premature braking. Gua saspek! Tapi gua dinasihati mempraktikkan sume ajaran di mana mana. Gua akur.

Habis la tempat parking mesjid Sempam, parking mesjid Bandar Baru jadi tempat gua buat slalom and kornering. Bukan ape, kalau dah azan gua terus je masuk solat jemaah. Amik berkat, pelajaran jadi hebat. Power gak gua bermadah.



Kerete impian tidur basah gua. Setelah gua berkalkulasi, gua bole beli kete nih berpinjaman bank 9 tahun macam biase. Tapi gua kene melantak kodok pagi petang siang malam. Kalau gua kawen time tu, gua kongsi kodok gua dengan bini. Gua kental. Bini gua pon gua paksa jadi kental macam gua. Janji kete korner power masa tengah vakum kapet.

p/s: Lepas ni gua bole la potong 8 kancil sambil makan fries. Bakat tak ingat bai!

Tuesday, April 27, 2010

Riwayat seorang Hafiz di stesen minyak

Masa tu gua nak balik. Gua dah malnutrisi dan kwasyiokor, akibat perhambaan secara intensif. Nasib baik gua cakap gua ade penat sket arini, sengugut. Penipuan gua yang genius berjaya dengan lancar.

Pemanduan mr2 gua malam itu lancar. Malam yang suam suam kuku menaikkan mood perasan bes dalam hati gua. Sekali sekala gua pandang sekeliling, kot kot ade aweks yang bole gua ajak balik sama sama. Malangnya gua gagal. Gua pasrah, lantas meneruskan pemanduan lotus gua.

Radio pulak agak sampah. Macam hit.fm punye clubhit. Stail syok sendirik hiz.fm memang takleh lawan. Kebosanan gua naik mendadak. Suhu ekon gua sedikit merudum setelah mengesan getus ati gua yang merasa kedinginan yang melampau. Ada ketika gua meniru mimik bunyi turbo spool masa tuka gear. hmmmmmmmmm..tsssssss....hmmmm.. Fokus gua keperasanan. Gua senyum puas, tanda nikmat perasan. Macam tengok .3gp. Zasss!

Lampu minyak gua dah menyala macam lampu kelip kelip. Lantas gua menggunakan kepakaran instinct pilot Gundam gua bagi mengesan petrol stesen yang berhampiran. Gua langsung sedikitpon tak terdetik menggunakan khidmat khadam jin mahupun entiti lain demi menjalankan tugasan ini. Gua tak main ngan unsur tahyul syirik dan kurafat ni. Bagi gua, menggunakan ikhtiar sendiri, ditambah dengan sifat gua yang akur dengan qada dan qadar, lagi afdhal dan dianugerahkan barakah. Dengan itu, makam gua of cos naik, sekaligus aktiviti ini menjadi ibadah umum. Tawadduk menjadi asas hidup gua yang marhaen ini.

Lantas gua terjumpe stesen Petronas Bangi en route to Putrajaya yg lepas tol Sg. Ramal. Gua bergegas ke kaunter untuk mengugut kesyer mengapload minyak yang banyak untuk mr2 gua. Setelah kehendak gua dituruti, barulah gua ke port asal. Gua mengisi petrol ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Cume gua genius sebab gua curah petrol, bukan air. Kalau orang tua tua dah ade kete datsun dulu, maybe pepatah dah jadi macam "Ibarat mengisi petrol ke daun keladi". Karam Singh walia bole Migraine camni.

Tetibe gua didekati seorang budak yang bersongkok, bertshirt dan berseluar slack cokelat ding dang. Gua hanye usha camtu je, pikiran gua kat masalah gua yang masih solo dan takde aweks.

"Abang, ni saya dari sekolah tahfiz untuk anak anak yatim. Saya nak mintak derma untuk sekolah kami bang. Kalau abang derma, abang dapat resit rm10 dan ade cd nasyid sekali bang.." jelas budak tu dengan muka kesian macam kene ragging basuh sebaldi spender sinier asrama.

Cilakak, ni zaman ape derma tepi jalan ade resit, bentak hati gua yang femes dengan semangat pemberontakan. CD ni lancau ape ade gambar brader serban tak abes peluk aweks. Woi lahanat, stail camni bole dapat aweks, tergugat la kredibiliti aku sebagai legend Sg. Lui. Gua lagi peli pekejadah derma tahfiz ade dapat cd gambo aweks. Ni kalah MLM Unstoppable yang suwey lagi loser tuh.

"Gua takde duit la bai. Gua kerani cabuk je" Gua atur ayat penipuan gua agar kelihatan real dan bersahaja.

Cilakak lagi. Pekejadah gua terlepas cakap gua kerani. Mana kerani pakai mr2. Binawe syaiton. Gua kene carik ayat deceiving yang lebih berkesan. Patutnye gua cakap pinjam je mr2 nih. Terlajak perahu bole diundur, terlanjur kate? Argh siamang, gua ligat berpikir tektik keji seterusnya.

"Derma abang. Anak yatim ni, untuk sekolah tahfiz" desak budak itu selepas mengesan kekantoian gua berpidato. Rilek, legend kasik line dulu, baru dier bangkit.

Tetibe gua dapat idea yang terlampau genius dan brilliant. Dengan pantas dan tuntas gua menyusun kata,

"Lu ni skolah tahfiz ke? Kire Hafiz kat situ la eh.." umpan gua dengan soalan satu jawapan..

"A ah bang. Saya talib kat sana. Derma bang..Ikhlas.." gasak budak dengan konfiden kat gua. Mata nak wat bersinar macam Puss in Boots. Siap keluar talib, bajet gua tatau la bahasa arab. Brengsek. Tak yah perasan la beb, gua kental. Takde perasaan. Dier ingat gua lauk sangat ke mende nih. Tak sedar yang lu dah masuk ke perangkap gua.

"Bape lu nak? Rm100 bole kasik..Tapi dengan syarat.."ayat gua dah macam ahli parlimen dah nih, lutut gua dah terketar nak sambung ayat.

Budak tu terkebil menunggu ayat seterusnya dari gua. Dan bajet dapat tapau gua la tu.


***********************


" Lu bole sambung ayat jumuah ni tak; 'Ya ayyuhallazi naamanu izanuliyalissolati minyyaumul jumuah..'.. Lu kan Hafiz, ni senang punye la...." kata gua sambil grinning.

Tak sia sia aku masuk kelas tarannum dulu walopon kene paksa dengan ustat Wan Noh dulu. Berguna jugak ilmu macam ni, especially digunakan untuk tujuan macam ni, sengih gua dengan kerek.

************************

"Surah ape ni bang, tatau pon.." Argh lahanat lu la, surah Al jumuah pon tatau.

" Ape kate kalau lu berambus dari mata gua, pastu pegi hafal surah lazim dulu, nanti jumpe gua mintak derma ok?" arah gua dengan super kerek. Gua dah kerek kuasa dua nih.

************************

Dengan perasaan terkantoi, ditambah lagi muka seposen gua, budak tu pon lenyap dari pandangan gua. Nasib baik gua tak jerit macam Bezita "Lenyaplah!". Sure dengan petrol stesen tu lenyap sekali bahasa kuasa super saiya gua.

Cis gua bengang tol. Nak kene gua biarlah berilmiah. Gua rase budak tu Iqra' pon tak abes, muqakkam pon tak penah jejak, ade ati nak test ilmu sekolah high skool kajang gua yang suam suam kuku? Cis, nasib baik gua tolerate malam tu. Kalau ngan Brader Manjoi kompem dah kene makam As Sajadah, Al Insan bagai. Kang gua soh baca Al baqarah sampai abes memang tak balik la lu budak. Gua anti scammer!

p/s: sile la baca balik ayat ayat yang kite penah hapal, ni seruan gua pada lu sekalian. Bukan untuk masa macam kat atas, tapi untuk diri sendirik jugak. Apahal gua dah jadi alim nih? Alhamdulillah, gua syukur!

Kisah Bekas Hamba

Pool dah kate gua kene himpunkan riwayat kisah pembelajaran gua. Gua kene adil dan saksama. Sebelum tu gua nak rawi satu hikayat masa gua first first jadi hamba kompeni jepun.

Kompeni jepun ni takde la seimperial Kompeni Hindia Timur Inggeris, kompeni ni perasan bes je. Dah nama pon Jepun, sah sahlah mengikut ajaran animisme Otromen dan bertonggakkan dongeng Doreamon. Kompeni Jepun ni mengamalkan ekonomi kapitalis perhambaan yang ektensif. Ramai jugak manusia manusia terperangkap dengan janji syurga dunia kompeni nih. malangnye sume dah terperangkap jadi hamba fitnah.

Sistem perhambaan yang diamalkan Kompeni Jepun ni berleluasa. Anggaran kasar hamba hamba dalam kiraan 10000 orang. Pelbagai kaum serta bahasa difitnah menjadi hamba paksaan. Kompeni ini juga femes sebagai kompeni yang mengamalkan dasar hamba sampai mati di seantero dunia. Mereka juga ade terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia bagi tujuan eksperimen dan perkulian batak.

Setiap hamba dicop buntut mereka bagi tujuan hakmilik kekal. Macam lembu, mereka melecur akibat dicop dengan besi panas, kadang kadang sakit sampai buasir. Sapa yang ade kayap lagi parah. Sampai berkudis gua tengok, nak garu pon pedih. Azab bai. Kesian. Gua dapat eskep sebab gua menyamar jadi pak gad. Penyamaran tahap SB gua tak tipu!

Setiap cop panas dilengkapi teknologi scan kedatangan. Kompeni ni bijak, takkan nak main sain sain je. Memanjang je eskep hamba sahaya bagai. Setiap kali nak masuk kilang hamba kene tonggeng buntut kat sensor. Acapkali hamba ni datang sheikh kentut setiap kali scan. Kalau sume 10000 hamba kentut masa scan, mau tak puaka sensor scan tu? Gua nak tengok sensor tu pon tak rela. Tu pasal gua menyimpan semangat rebellious dari belenggu kompeni syaitan nih. Semangat berjuang meluap luap. Azam gua nak bakar kompeni ni dan membebaskan hamba hamba. Kire gua dah tambah kredit untuk kifarah nanti.Tak perlu susah puasa 2 bulan. Kahkahkah.

Akhirnye gua dah tuka kasta sosial gua. Gua dah improve kat hierarki piramid sosial. Dari hamba gua masuk golongan borjuis dah. Hehe. Legend is legend.


p/s: Gua ingat dah tuka keje dah takde Jepun. Tapi jumpe jugak puak "due to" nih. Gampang. Sume tempat ade ke? Samurai X penah klem "Takkan Hilang Jepun di Dunia" ke? Cilakak!

Sebijik Judgement Day Terminator Bai!!!

Gua tak tipu. Masa gua keje tadi gua nampak kepulan asap jauh nun di sana. Ni gambar untuk kutu kutu yang tak pecaya kejujuran gua.

Nampak tak white smoke tepi bangunan tu. Gua saje je nak tonjolkan bakat fotografi gua. Ade jiwa beb! Amacam? Nampak dramatik tak?


Gua terus tergamam. Nuke blast, speculate hati gua. Tak tahan jugak dramatik hati gua nih, nak yang gempak je. Tapi siries sebijik mushroom cloud. Mak aih, nuke blast kat area Rawang? Cilakak. Maunye gua dah transform jadi Hulk kalau kene photon nuke blast nih. Pakai spender amuk amuk is not cool bro. Baik gua amik tindakan susulan sebelum gua jadi lagi teruk dari The Beast, dada berbulu.

Dalam keadaan menyakinkan gua klem ade nuke blast kat luar kat malaun malaun lain. Ade ke depa tak layan, siap bole tuka tayar Viva kapok lagi. Cilakak, WMD mana bole buat main main! Ni kes sejagat nih, Nuclear Holocoust bai, ni Judgement Day dalam Terminator nih!

Gua sekaligus pikir keboleupayaan gua menjadi legend. Lagi Legend dari John Connor. Gua dah stat pandang kiri kanan; carik bateri bateri kete yang boleh gua buat bom, macam yang gua belajar dari McGyver. Gua kene lead sume orang untuk kumpul survivor menentang terminator yang jahat dan tidak berperikemanusiaan. Jiwa gua sebelum ni memang terbukti luhur dan rebel & leftist naturally, gua rase tugas lead survivor Judgement Day memang ditakdirkan untuk gua. Gua memang ditakdirkan untuk legend. Tak saba gua nak cakap "..If you're listening to this, you're the Resistance.." Pergh. Macho tak ingat! Sengih gua sambil melilau carik bateri.

Tetibe hasrat gua terbantut sebab jam dah 545pm. Gua kene balik umah dulu. Tunggu esok la gua nak jadi legend. Judgement Day can wait, Terminator can wait. Gunung dikejar takkan lari. Gua kene kejar sebelum jalan balik jem. Tambah lagi masalah untuk legend macam gua, jalan mana yang tak jem nih. Argh! Besa betol tanggungjawab gua!


p/s: Cilake, rupenye yang mushroom cloud tu kilang cat terbakar. Buletin Utama sound gua tadi. Sia sia je gua cuak awal. Lahanat. Perosak impian la tu. Tapi gua tak tahan pemberita pempuan tu sebut "gel", jadi "Gell". TKC sial, Power GELL!!

Lagenda Wira Perkasa

Dulu gua dah gebang yang gua ade satu Wira. Nama wira gua Wira Perkasa, sempena nama motor Satria Baja Hitam yang berkelajuan cahaya. Arakian nama ibarat kerek kerek sket, namun kemampuan Wira Perkasa tidak dapat dicelen oleh mana mana kete lagi.

Lupe lagi, nak cite yang gua ade 3 ekor kereta pada umo 25 tahun. Kalau nak ikutkan gua ade 4 ekor, tapi lagi satu tu gua jual kat Bgho Radin pada harga NZD300. Cilakak murah gila, nyesal gua jual. Baik gua buat sewa angkut balak kat Pos Dipang. Ni adalah list kereta gua:

1. Da Mid-Engine Beast-misterius lagi power. Silent killer menatang nih, gua penah bantai 120kmh kat korner naik terowong Genting Sempah, jalan dari KL. Setakat ni gua dah tapau pelbagai jenis kenderaan, kat sini je la. Masa korner je gua score, straight line Myvi penah tapau gua. Period.(cool ni letak 'period', macam blog aweks)

2. Wira Perkasa- mampu menten laju 140kmh walopon kat jalan Bukit Sentosa. Abes berterabur mat rempit kene tempias angin Wira Perkasa. Laju macam Naga Gaban di Dimensi Shaiytan. Cume kesian kat Wira Perkasa, skebes dah naik kat bumbung dier. Takpe. Nanti gua pau budak skolah asrama punye stok ubat skebes.

3. Kelisa - Gua baru je berjinak jinak dengan haiwan nih. Takleh komen lagi, gua tak cukup haul.

4. Toyota Starlet PP436 (RIP)- Kete gua bawak lenjan pegi snobod kat Mt hutt. Fizikalnya boleh dikatakan barai, tapi masih lagi serbaguna. Lepas kene jual kat Radin lagi sadis, gua takmo cite banyak. Sebak...Ade ke tak isi minyak main tolak kete masuk simpang. Lu gila ape bro? Minyak itam dah tak layak jadi minyak itam. Kadang kadang gua mimpi jeritan batin Starlet gua, tapi apekan daya. Jodoh kami tersekat dek Radin.

Berbalik kepada cerita gua, Wira Perkasa ni memang laju gaban. Gua tak tipu. Gua dengar stering gua dibuat dari tulang belakang Naga Gaban. Mistik gila. Gua rase dier laju sebab pakai enjin karburator hibrid ngan minyak itam Duckhams. Selamber badak je gua bantai 180kmh kat jalan Sg Boye. Gua tau gua power, tapi tu sume berkat doa gua tiap tiap kali lepas solat. Tambah lagi doa naik kenderaan. Amin.

Wira Perkasa bole kasik gua kepantasan seperti gerakan sejenak. Sebenanye gua tak pijak pedal pon speeding, gua hanya terpikirkan tempat dan nafasnya. Lantas Wira Perkasa akan memecut ke destinasi. Kalau ade lubang besar, otomatik sensor Wira Perkasa akan activatekan levitation sperti UFO. Untungnye Wira Perkasa nih, gua tak perlu isi minyak. Gua hanye gune udara sekeliling untuk menjana power. Begitu mesra alamnya gua. Sume ni fakta benar mengenai Wira gua. Gua rase Wira ni laju sebab ade turbo built in kat enjin karburator dier. Maybe dalam ECU ade software turbo. Pergh. Paling kurang bole tambah 50hp nih.

Semalam gua tapau brader saga kete kebal ekzos besar ade GT wing. Gua ingat gua nak test la sket cucuk angin. Dier stat dulu, gua sampai tak nampak headlamp dier. Gampang betol, gua punye la pemandu berhemah. Sekali gua folow. Gua kasik arahan simple kat Wira Perkasa untuk folo kete kebal tu, yang pada mulanya gua ingat ade turbo tapi malangnye ekzos sampah dan Wing untuk sidai spender. Gua malas layan picisan macam ni. Gua aim kete macam Ferrari, Elise dan Murchie. Kadang kadang gua layan dengan Kancil. Gua still menang.

Sekali gua teringat nak buat proof kat brader brader lain pasal kelajuan Wira Perkasa yang gampang lajunye. Ni ha gua amik gambar pakai henset gua yang ade router dan DVD player. Kalau lu pikir, sape lagi power? Kete gua ke gua yang bole amik gambar secara rilek semasa 180kmh? Renung renungkan, dan selamat beramal!


Time gua tengah makan beger MekMega, abang angkat MekBesar. Kalau lu perasan RPM 3k je, power tak power la Wira Perkasa gua. Ni sebelum gua supply udara kat tank, sebab tu dah dekat E.


Masa ni gua sedang bertasbih, kene perlahankan kete agar gua lebih khusyuk dan focus.

Wira Perkasa ni mesra alam. Beliau menempatkan niche habitat untuk hidupan hidupan seperti semut lipas dan badak air. Semalam gua dah halau semut dan telurnya sebab gua nak buat sangkar ikan keli. Gua dengar kaye beb MLM keli. Sempoi bai sempoi!

p/s: Gua dah supply ngan gambar takkan lu nak jadi munafik tak pecaya cite gua. Brader Manjoi dah tabik spring kat gua sebab bawak dier skalik merasa kepoweran Wira Perkasa. Tuan umah cakap lagi laju dari Evo X. Gua tawadduk je.

Ana Tak Redha!

Sesapa yang ade isu dengan LHDN bole jadikan sampel ni satu batu loncatan ke arah pemprotesan yang lebih sistematik dan teratur serta bercorak spiritual. Main akhirat je nih, ganaz.




p/s : kalau aku tulis kat Mekdi sebab amik cukai 5% ok tak? BTW arini aku penat..dan aku juge bergadoh dengan encik jepun arini..Result? aku menang cakap la sebab English dier bangang, Engrish pon subtitle TGV lagi power..walopon TGV translate "Day After Tomorrow' as "LUSA" (bangang x 88 pwnd!!!), at least takde la bile kasik statement bunyik macam ayat pertanyaan haha..realitinye dier menang la sebab dier bos, maka aku pon kene buat repot lagi..lahabau punye otromen!

Friday, April 23, 2010

Luahan Hati Marsha

Gua selitkan sket luahan hati marsha, anak kelahiran besut terengganu yang fasih berbahasa german. Beliau sudah berkahwin dengan pegawai support system Alor Gajah.

contengLutut azhar daud



23/04/2010

Gua bukak mata, tgk jam handset Motorola kaler hitam yg mahal giler suatu ketika dahulu:kol 5:37am.haram awal lagi.sambung tido balik.kol 5:56am azan berkumandang di surau/masjid sebelah rumah gua.gua tersentak semula dari lamunan tido yg tak brape best sebab pegawai system support alor gajah berada 187km dari tempat beradu gua. Assolatuqhoirul minan naummm! Assolatuqhoirul minan naummm!tapi mata bulat gua still tertutup rapat.adakah ini disebabkan syaiton nilrojim sedang lepak santai sambil isap rokok dunhill atas mata gua ataupon memang dah hati gua kaler hitam cam dakwat cina dlm peribahasa komik2 hongkong time gua muda remaja dahulu. Best plak layan komik2 hongkong yg time tuh agak mahal dimata remaja sengkek cam guani.camne gua bleh mampu beli komik2 nih, tu crite lain waktu punya. tetapi lobang hidung dewata raya, juara wira, senjata misteri, hikayat burung helang sakti, harimau laut tetap menjadi poojaan hati gua yg sensitive nih. Setelah bukak tutup bukak tutup mata gua, kol 6:55 jugak gua bangkit ke jamban yg jaraknya 57cm dari tilam empuk gua(gua katil takde.takde yg nak sponsor katil 200x200 kat gua kah?). dgn hati yg HOMOY gua mandi sambil gosok gigi lalalala. Sambil air JBA free yg gua tak pernah bayar skali pon lagih mencurah2 kat atas kepala gondola gua ni, teras down giler. Gua pon piker cammana nak boost up balik gua punya mood.opsyen2(ni perkataan gua ambik dari kamus dewan jilid 6) tertera kat minda cergas gua:



1)kutuk brader lui kaw2 punya

2)complain kat pegawai system support alor gajah

3)bukak tenet tgk result Liverpool yg gua pasti giler menang punya lawan alteltico Madrid



Hati murni gua pilih opsyen ke3 dgn riangnya. Gua cepat2 bersiap sebelum brader Tokong datang fetch gua kat rumah sejuk gua(korang islam kan la rumah no3 cemperaisari 1b tuh, panas smacam je). Gua lepak sila kat laptop mini hp gua yg dapat free dari telekom sambil klik icon feberet gua, mozzila musang berapi. Then gua menyinap masuk yahooSport. Dgn kelajuan tenet 1mep yg gua bangga giler, dalam 0.01saat(cam brader sg lui jadi gaban), tertera wajah tak hensem Diego Forlan yg cam nak tersungkur je gua Nampak. Haram jadah, lalu gua kluar rumah menuju ke kereta swift kaler b-end brader tokong dgn wajah yg sunggul.



Notalutut: takpe second leg kat Anfield kompem menang punya lah.kali blasah kaw2 punya



p/s: Gua ok je ngan artikel nih. Gua sound dier soh tulis entry betol betol. Bina plot, hit betol betol kat klimaks dan tambah description. tokok cermat cermat kalau multi punch line bole taruk. Macam kombo main mortal kombat. Fatality animality bagai. Dia akur. Hehe

Lagenda HISROK

Sekitar tahun kedua gua di Kampung Melayu Banting

Seingat gua masa tu kat bilik tibi blok B. Bersama gua ade kutu bernama Lout, Firdo, Hadee dan beberapa kutu lain gua tak ingat. Gua sebenarnye bukan penduduk tetap blok B, gua menginap kat blok C atas umah Warden, si saleh. Gua gila gila sayang dengan saleh. Dier tak penah membulukan gua mahupun kerabat gua kat sektor L blok C. Hidup gua paling harmoni hidup dengan salleh.... Lancau la. Pejadah lu lepas ayam katik lu masuk dalam bilik gua. Siap berak atas katil gua. Gua dah nak henyak dengan fire extinguisher dah, nasib baik gua sempat bertasbih. Gua bertasbih banyak banyak bile anak lu selongkar bilik gua. Sebab tu skang gua dah menjadi belia wasatiah.

Masa tu minggu penghayatan islam. Gua liberal. Tapi basic agama gua teguh. Gua tak mudah jadi buta taklid. Sebab tu gua kat bilik tibi layan buletin utama. Tak silap gua ramai berduyun duyun ke mesjid, ade usrah kot. Pasal ape gua taktau. Yang gua tau kutu kutu lain tengah layan buletin utama sebab nak tengok highlight. Gua pulak nak tengok pembaca berita hot sambil minum nestum milo. Bes rasenye bile cebisan nestum melurut masuk ke rongga trakea terus ke perut.

Ade jugak populasi kutu yang menganut kepercayaan lain. Kuil diorang di common room. Antara ajaran yang menjadi pilihan ialah Zuma, Dota, CS dan Pikachu Volleyball. Penganut ajaran Dota lah paling tegar. Sesi pemujaan selalunye start lepas jumaat sampai malam ahad. Khusyuk tak ingat, gua ingat sume dah stok makam tinggi punya, tahap mujtahid ulung.

Kutu seperti Lout, Firdo dan Hadee pulak adalah kaki asap. Banyak asap menjadi hisapan mereka. Maka banyaklah jin jin bertandang menangguk asap hembusan mereka.

"Mana stok baru lu bai?" tetiba Lout membuka bicara qalbi.

"Ada kat atas.." sambut Firdo dengan jujur.

Masa tu gua nampak ade sorang naqib usrah bernama Taro mengintai bilik tibi di celahan kekisi tingkap. Gua rase dier nak melencong jap sebelum berusrah. Yelah, manusia.. Rambut sama gelap, hati lain lain. Gua paham keinginan dier nak join kutu kutu lain bukak usrah kat bilik tibi.

Lupe nak cite trend kat kampung melayu banting ialah menggabungkan kata nama menjadi frasa unik yang ringkas utuh dan jitu. Contoh terbaik ialah LekLuuu yang berasal dari rilek dulu. Format popular untuk ajakan berasap.

Sekarang ingat kat bilik tibi ade gua, kutu 3 ekor dan naqib dalam babak nih. Gua sambung balik cite riwayat gua.

"Weh jom la lepak atas, Hisrok kejap.." ajak Hadee keayam ayaman.

******************

" Korang nak gi ceramah Isra' Mi'raj kat masjid eh.. Dah nak stat dah tu.." sampuk Taro bersahaja, kemudian meninggalkan kitorang setelah yakin kitorang akan mengikuti jejak langkah dier.


******************

Kutu kutu sume dah gelak guling guling macam babi dah, kalau ade lopak tepi tu kutu ni dah jadi babi. Gua gelak berdehem dehem jugak. Klaka pun ade. Sampuk lenkali bersalam la.

Hisrok la!!! HISROK!!!

HisRok tu HISap ROKok!!!!

Gua dah tak tahan gelak macam tenuk tercekik tebu. Kutu asap sume dah hisrok. Gua still kat bilik tibi. Ramalan cuaca belom abes lagi bai!!

p/s: Ni adalah antara riwayat gua bole gebang kat lu. Jangan bimbang, gua perawi yang thiqoh, sohih dan rojih. Gua rase brader Manjoi tau cite nih. Dengar dengar kutu 3 ekor ngan Taro ade kat UK. Gua dengar lagi, usrah kat UK kuat. HISROK la korang sama sama ok? Hahahahah

Thursday, April 22, 2010

Mech Eng Class of 08 Memory

Tetibe gua teringat Rebecca Lee Smith
Tersengih nakal gua.
JJ, lu jangan buat buat lupa.. nanti gua ungkit pasal ni kat entry akan datang. Lu orang ingatkan gua k. Buat reminder dalam henset masing masing..

p/s: BESAR PUNYAAA!!!!!!!

English Niuzilen vs Engrish Jepun

Buletin Utama malam ni agak sampah dalam pengisian. Penuh coverage pasal PRK Hulu Selangor. Gua malas komen pasal bias ke tak. Yang penting gua ade visual yang melalaikan dan audio yang tahyul, hiburan untuk gua abeskan nasik ayam kukus gua beli kat pasar Sg Boye tadi. Kota Metropolitan Sg. Boye ni gempak, ade supermarket lengkat dengan ekskletor dan lif transparent. Kedai Gunting rambut Linggam pon besar dan nyaman dengan ekon. Cume sapa sapa yang sayang sideburn gua nasihatkan agar menghindari kedai ini seboleh mungkin. nanti lu bole kene dam. Sebijik macam kene dam haji. Cume lu tak wajib buat jamrah kat anjing-anjing yang jinak lagi tidak berkurap. Gua sarankan sebelum berjamrah, tengok situasi dan hormon bagi yang pms. Ade jugak pengisian nasihat afdhal dari gua. Bermanfaat rajih dan diyakini sohih.

Brader Manjoi dan Remi klua berpoye poye kat mana gua malas amik tau. Diorang dah blah masa Adamaya tengah klimaks. Tatau mana dapat semangat bole tinggal Adamaya begitu sahaja. Mesti diorang dah soh Marsha donlod awal awal kat website tivi 3. Tuan umah dok dalam bilik. Batuk beliau agak nazak. Beliau dilaporkan kritikal tetapi stabil. Bijak jugak beliau amik inisiatif dok umah rehat rehat. Gua angguk tanda setuju.

Time iklan gua terpandang berita TPM datang kat laman The Star. Tetibe gua terpandang satu phrase. Phrase ni sangatlah disukai puak jepun yang lan**u Engrishnye. Puak Jepun ni suke sangat gune menjadah ni:

".....Due to..."

Gua tak sure knape kutu jepun ni suke gune "due to". Gua tau la maksudnye "disebabkan oleh" or whatsoever, tapi bile lu nak tulis repot ke, presentasi ke, perlu ke lu repeat "due to" tiap tiap kali ayat lu sembang. Lu dah takde modal ke lu punye vocab limited tahap gaban?

Gua sarankan puak jepun ni gune la "because of", "This is because" atau bukak je ayat baru yang ade subjek dan predikat. Gua naik bosan jugak dengan sindrom yang semakin melarat ke arah member member gua. Diorang sume tak tegas dan takde jatidiri yang utuh. Mudah je amik contoh contoh jahanam puak jepun nih.

Lantas gua gune la segala vocab yang gua belajar kat niuzilen. Untuk nampak tere gua gune thesaurus kat words. Heheh, memang gua rase pasti puak puak jepun accept tindakan gua yang genius lagi out-of-the box nih. Sebagai seorang yang kritikal, gua berani mencuba sesuatu yang baru dan mencabar status quo dalam komuniti gua. Gua rase ni aset gua paling boleh digebang dalam interview.

Lepas gua submit repot, gua tersenyum puas. Gua dah dapat bau bonus gempak tahun ni. Bole gua gi hanimun tanpa rase waswas. For sure satu opis akan respek kat gua sebab berjaya tukar culture opis yang terbit dari puak jepun.

Bos jepun gua panggil. Gua rase beliau dah respek abes kat gua. Gua nampak dier dah tekan tekan electronic dictionary sebab kekompleksan vocab gua. Gua gerenti dia nak lantik gua jadi official languange inspector sekaligus gaji gua naik menegak.

5 minit kemudian gua kembali ke tempat duduk gua. Cilakak orang tua nak mampos, dengus hati gua panas membara.


**************************

"Ettoo..Your report kaa..Please consider this..." Dier bermuka toya return balik repot gua. Sekali lagi gua dengar english caca marba dia. selamber je taruk "kaa" kat ayat English. Lu ingat macam BM ke nak taruk "...kah"? gua pantang betol la. Concern la sikit!

Binawe... Dier conteng repot aku ngan pen merah besa besa...

"What is this? I not understand." Pergh bulat besar merah tak ingat. Lu ingat ni nak lukit orbit Bulan ape?

Agak sialan di situ. Puak jepun ni paham "due to" je ke?
Sekali lagu gua jerit sorang sorang dalam hati. Lahanat!!!!!

p/s: Kepada sesapa yang gile sangat nak keje ngan Jepun, gua nasihatkan takyah la kalau lu sayang English korang. Kompem hancur. Tua la yang terjadi kat member member gua yang dah keje lama. Takyah email kompeni jepun kalau lu sayang English lu yang lu pupuk masa pegi obersi. Buat rugi je lu bole cakap Omputeh power power. Gua punye gua usahakan tak terpengaruh dengan dakyah cikai macam nih. Gua stat layan buku omputeh yang tebal tebal. lagipun gua ade Wikipedia untuk menuetralkan kuasa negatif puak jepun. Owh ye, gua pon dah hafal ayat last bos jepun lepas sound orang. "Please consider this...'..konsider la, konsider otak hang!

Gua Cilok kat Forum Opis Gua

Ni karangan kutu kutu opis gua yang takde keje melepak kat forum...Gua tuka sket kata ganti nama kasik lebih dramatik, tokok sket untuk lebih realistik dan baiki subjek dan predikat demi penghargaan gua terhadap tatabahasa dan kesusasteraan melayu. Lu orang tau ke subjek predikat? Bukak balik BM Form 1! Ape punya kutu...


Situasi: Gua tengah melayan korner roundabout depan R&D, lantas korner baring kat kiri nak parking, tiba-tiba,

Pak Gad 1: Brader, lu takleh parking sini, pegi parking kat sana (sambil tunjuk jari ke jambatan tepi PLC)..
Gua : Eh gile ape, gua nak parking kete sebab gua keje sini la, lu dah lama ke menyesatkan orang nih?
Pak Gad 1: Apehal lu tuduh gua sesat, gua kate parking sana , sana la, tak reti bahasa ke? Lu kantoi PTS ape bebal sangat nih?
Gua :Gua klua kejap je tadi, skng gua nak klem balik la tempat parking gua, manade orang masuk..skang tengahari la bai, gua klua 15 minit je..
Pak Gad 1: Takde-takde, sana jugak parking, kalau tak gua sumpah lu jadi peti ais, gua panas nih..

Tiba-tiba sayup-sayup:
Pak Gad 2: Oih brader, parking sana la, kang gua santau angin baru lu tau sapa gua..
Pak Gad 1: Dengar tu sidekick gua dah sound, baik lu cepat sebelum gua patahkan nombor plate lu..
Gua : Yelah, arini gua kasik muka kat lu, lenkali gua hentak lu dengan karburator RX-Z..Agak-agak lu rase hidung lu mancung lagi tak lepas kene hentak?
Pak Gads : Lu ni memang tak reti bahasa ke? Lutut gua ni dah ketar ni..gua dah lama tak terajang orang sejak bangku sekolah time ACAB Where have the Bootboys gone.. Lagu Street of Uptown tu kalau nak nyanyi balik tak goyang bai..
Gua : Seb baik gua kasik can arini..kalau tak aku dah bakar kon-kon ngan signboard lu tadi..Argh!(sambil burnout gua korner sujud sahawi dengan bersahaja. Subhanamalla yanamu wala yashu)



Gua :(Dalam hati)Kamjad la dua ekor ni, gua nak klem parking aku pon kacau daun, dah la jauh kene parking kat padang , kalau busuk ketiak gua berpeluh lu tanggung la dosa..ekosistem opis terganggu lu kene tanggung..Ana tak redha wey tak redha...)


p/s: Serius gua penah rase pengalaman nih, lagi dramatik gua tak tipu.

TPM dan Gua

Tadi TPM datang. Tempatnye kat lobi. Ade makan free. Gua dah agak imun dengan makan makan free sejak dua menjak berkenalana di niuzilen. Kalau ade menteri datang kat Uni gua, gua sound si Nandos signal kat gua masa time makan je. Masa bersyarahan gua langsung taknak jejak. Baik gua abeskan masa mentelaah Yahoo messenger dan Southpark. Si nandos ni pulak rajen jugak membizikan diri aktiviti socialisma kat niuzilen tajaan kelab ****. Gua tak join sebab gua anti establishment. Gua radical lagi rebellious berhaluan kiri. Gua ade stendet untuk gua jaga.

Tadi brader brader gua sound. “Apsal tak Nampak lu kat lobi ngan TPM” soal depa dengan lantang

Gua jawab “Gua pegi berak”

******************

Hehe. Harap harap orang TPM tak baca post gua



p/s: Gua lewat pegi makan free tadi. Dapat mihun je. Air teh limau, panas. Adeh. Punah reputasi gua bagi sesi makan free. Rosak rekod!

Kenapa Muda-muda Gua Takde Join Blogging

Gua bangga gua tak terlibat dulu. Gua underground dan berhaluan kiri. Amat prokatif dan outspoken. Kalau gua protes, gia protes sampai satu organisasi bole tergugat dengan gua. Gua jugak anti establishment, facist dan mengamalkan dasar radikal. Gua ban mainstream sebab sume mainstream drives the society crazy. Sebab terikut ikut dengan trend, sume orang tak pikir rasional join. Sume nak join tapi takde pendirian dan jatidiri. Tatau kenapa join, just follow the crowd. Sebab tu la wujud blog sampah, geli dan fag. Kalau ade objektif sume takde masalah. Ade je gua tengok blog blog yang informative. Gua? Kan gua dah kate gua ade hidden agenda hehe. Gua ade baseline beb, gua dah set perlembagaan gua awal-awal. Yeah, gua tak hero dan gua tak klem pon gua hero. Tapi gua anti-hero. Rather than being a hero, I got better things to do. Quote jangan tak quote!! Jangan lupe credit kat nama gua. Gua teringin =p

p/s: Teruskan melayan blog gua. Gua dah kontek mekdi, nanti gua diorang hantar orang bukak tempat order. Takde la lu orang bosan sangat. Bole layan MekBesar. Hehe. BESAR PUNYA!

Tindakan Sia-Sia Brader Manjoi

Brader manjoi retaliate dan tulis surat layang pasal gua. Ni kat bawah gua kopipes:

Diatas permintaan ramai..



Coretan PC PDAUS OTHMAN



Jam menunjukkan pukul 1.44pm. Gua ader seminit lagi sebelum waktu keje sebenar bermula. Makan tengahari arini disponsor oleh Bee-ennd. Makan free beb, saper taknak. Tambah2 Bee-end. Lantas gua teringat perbualan gua dengan si brader baju sendat aka brader org asli sg lui seperti berikut. “Brader manjoi, jom aa gi makan free kat Melorsari. Org Bee-end buat. Bile lagi nak merasa hasil cukai yg kita bayo”. Gua tergamam lantas gua ajak Tuan Rumah makan kat PAKLAH CHAN lantas meninggal brader sendat kat rumah. Gua bukan aper. Gua malas nak libatkan diri dengan arena politik nih. Gua masih muda, darah muda, umur 24thn. Daftar mengundi pun gua belum lagi. Yg si brader baju sendat nih dok followup aku, biler lu nak daftar mengundi, tanggungjawab beb. Kang gua gelar brader followup kang baru lu tau.



Nway semalam sedang gua sedang asyik menonton cerita kesukaan gua sambil Sony Vaio kaler putih kat bawah ketiak gua. Si brader sg lui ni tetiba datang kat gua dengan laptop apekentah jenamanye gua tak nak ambik tau. Gua tanya “Lu apahal”. Brader sendat jawab “ Gua nak tunjuk kat lu gua punya blog”. Gua ingat canggih la sangat blog si brader sg lui ni. Promote bagai nak rak. Apekenama blog brader sempit ni, kalu tak silap gua karutmarut.com. Gua bukak blog dia. Gua gamam. Gua ingat abis tekno blog dia. Sembang cam lagend. Gua tengok blog budak sekolah rendah lagi tekno lagi dari brader sg lui punya blog. Kosong hitam putih. Gua nak ambik hati, gua layan jer aaa. Tetiba brader sendat nih tanya gua. Camaner nak copy paste article kat blog aa. Letak gamba camaner. Nak letak chatbox camaner. Gua dalam hati gua raser nak tempeleng jer brader sg lui ni. Gua dah la tengah layan cerita kesukaan gua. Buleh lak dia mintak tolong masa tuh. Kater kat gua, lagend. Lagend tah_ kucing. (cencored). Gua dengan raser maleh nak layan, gua cakap kat dia. “Tunggu iklan la. Nanti gua tolong lu”.



Kesimpulannya, gua raser brader sg lui aka brader sendat nih takder la lagend mana. Bikin gua panas ja. LEEEEKKLLUUUU


p/s: Heh. Gua sket tak goyang. Gua balas:
LU PUNYE ADAMAYA DAH STAT DAH!
Dah cakap. Gua punye tahap konfiden makam tinggi. kehkehkehkeh

Gua, Pulau Perhentian dan Facebook

Ade sorang sinier gua kat opis. Nama dier Bro. Orangnya gagah, tegap, kacak dan otai. Lepas abes gua taip ayat nih tibe tibe perut gua dah signal mayday. Gua rase masa nye tepat kerana opis punye tempat adalah berposisi cangkung dan air kuat, macam gua eksplen dulu. Pembolehubah macam ni sungguh life saving dan pemangkin kepuasan bagi pekerja marhaen macam gua. BRB... pergh macam awek chatting tulis. Gua rase awek chatting pun gune excuse BRB macam aktiviti yang akan gua jalankan karang. Lepas gua layan nikmat dunia gua nak solat jap. Luhur betul niat gua. Gua dah semakin ke arah mahmudah. Takbir!!!



Bro ni orangnye tegas dan berpelajaran tinggi. Tak mudah gentar dengan pak gad dan tak suka ngular. Aritu Bro monteng keje bervakasi di Pulau Perhentian. Gengster jugak la Bro ni. Selamber je dier sms ugut zihar kat GM. Gua respek abes la beberanian beliau. Lepas Bro balik gua tengok dier dah separa bermutasi. Kulit Bro lebih hangat daripada biasa. Tanned dengan nikmat UV kat island, detik hati gua. Bro still menten senyap dan lepak dengan penampilan baru dier. Gua rase dalam ati dier konpiden jerit “Black Power!!”, rahsia Bro maintain macho dan berkeyakinan. Gua tanye Bro ape cer Perhentian. Bro senyap, pastu two thumbs up. Gua impressed. Gua dah tak tanye lain dah. Gua tanye:



“Bro, gadis-gadis jemuran banyak tak?” Tanya gua dengan curiosity.



Bro jawab dengan nada trailer:

“Heavenly earth, tak nyesal pegi sana . Sume gebu montok dan berdahi licin. Made in Nippon , US dan Korea ..” ujar Bro dengan gaya muthu keunggulan.



Gua stret impressed. Gua rase gua kene pegi jugak. Masa dia sebut gadis putih gebu, gua terus ingat ozawa chan. Berderau darah gua. Eksaited. Tak sabar rasenye.



Gua mintak kontek Bro kat sana . Tapi takkan nak harapkan Bro, gua kenalah ada inisiatif sendiri. Nikmat macam tu tak datang bergolek, nasihat hati gua yang tulus. Gua capai leptop gua, teros google kontek untuk pakej. Yeah, gua jumpe dah gua teros sms tanpa buang kredit. Sekarang yang menjadi penghalang gua ialah time and tide.



Esok nye gua kene parking kat padang atas arahan pak gad. Nanti gua cuba selitkan cite ni kat post mendatang. Sedang gua memarking Wira gua, ade satu kol. Gua otomatik brek emergency lalu terhenti tepat di parking spot. Lalu gua angkat fon dengan kereknye. Gua cakap helo, brader tu cakap:



“Lu nak tau pasal pakej Pulau Perhentian eh?” Tanye si pemanggil dengan semi berlagak..

“A ah, lu ade pakej skang? Bole tak lu sms atau email gua, gua tengah tak senang la..”gertak gua dengan wasatiah. Gua retaliate sket sebab dier stat conversation tadi dengan kerek.

“Gua malas la, lu usha la facebook gua, kat situ macam macam ada..” katanya dengan nada semakin berlagak. Gua nak angina dah. Tapi gua cool dan menten rileks. Time ni gua tak sure sape kastemer sebenarnye. Gua konfius.

“ Ok ok, nanti gua usha..Ape facebook lu?..”soal gua lagi, nada kali ni nada murni.

“Facebook la mangkuk, Facebook!!! Lu tak reti bahase ke? Ke lu takde Facebook? Loser gile lu nih, patutla takde awek pandang..” sambut brader tu sambil merendah rendahkan tahap legend gua. Gua still menten solehah.

“ Ye la gua tau Facebook, tapi ape nama akaun Facebook lu yang gua bole tengok..” gua chill sambil bagi dier soalan yang mungkin menjatuhkan keegoan beliau.

Pastu dier jawab dan gua rase gua hanye membuang masa dengan kutu yang sesat lagi menyesatkan gua. Lu orang tau ape dier reply?


***************************************

Time ni gua dah gelak guling-guling. Ni ha dier jawab:

Oh, kena ade nama akaun ye? Gua tatau la, tapi gua sure la gua dah letak kat facebook.."jawab dier berfrekuensi rendah, tolak 1Hz lagi telinga gua dah tak dengar.

BUDUS. Bangang IT rupenye. Ade hati berlagak power ngan gua yang hasler dalam industri Per”facebook’an nih. Siap kaver soh gua cari lagi akaun dier. L*nc*u ape, ade bape billion user dalam facebook, jumaat tahun depan blom kompem gua dah setel down carik. Nama akaun pon lupe. Ape punye haprak. Hampeh la, baik lu bukak kedai runcit. Belom penah gua dengar kedai runcit berfacebook. Sesuai la tu ngan lu.



Gua rase perbualan ni sia sia. Untuk menyedapkan ati dier, lantas gua kate nanti gua carik satu satu. Gua letak tepon dan bertafakur sebentar selepas gelak setan. Gua ade jugak selit carut-marut. Gua taknak la deal ngan brader retard IT camni. Kang ntah mana dier letak gua kat pulau nanti. Gua menyerahkan nasib gua pada Bro, harap dier tak ilangkan kontek tuh. Gejala sindrom tuerette kat gua membuatkan gua carut carut tanpa gua sedari. Gua memang seranahlah kat mamat tuh. Cibaiiiiii!!!





p/s: Gua rase panjang sangat entry nih. Brader Manjoi siap ade masa kutuk gua. Takkan gua nak senyap je. Malam nanti gua kumpul power. BTW gua tuka plan pegi Langkawi la, gua takut ade banyak lagi brader brader camtu kat Perhentian. Gua kene jaga stendet gua. Gua konklude Perhentian bukan tempat untuk orang legend macam gua. Guam alas la pulak karang diorang nak celen blog pulak. Gua zuhud!

Citarase Awek Impian Gua

Tengahari ni sangat panas lembap dan kaya dengan pancaran UV. Gua rase ari ari kat Malaya macam ni, macam yang cikgu Geo gua ajar Form 3 dulu. Dia kate iklim kat Malaya memang macam ni sepanjang tahun, ade hujan bagai. Gua ingat dier gebang je, gua layan sampai PMR gua tibai sume gua dapat A. Owh, Arab Komunikasi gua A bai. Gua bole kasik kod usha aweks kat mangkuk mangkuk lain kat banting guna Arab. Tabligh gila beb! Ni belom belajar sungguh sungguh lagi, memang gua tapau Nur Amalina. Tobat dier taknak amik peksa sekali ngan gua. Kehekhekhek, gelak gua keseorangan .



Pasal iklim obersi tuh, mana la gua tau, hidup gua hanya berkisar di Sg. Lui. Masuk epot pon sebab nak main Wifi free, ada masa gua usha pramugari dan skirt yang menghiburkan. Lepas gua pegi nuizilen baru gua sedar gua sebenarnye tidak diperkudakan cikgu gua. Sejuk gila gua kene pakai 8 lapis, angin kering sampai gua pakai lipbalm. Gua rase masa tu gua sangat metroseksual. Lipbalm ngan moisturizer. Gandingan mantap untuk jejaka pingitan ramai dan metroseksual seperti gua. Walopon pakaian gua tak semenggah mana, tapi konfiden gua meluap luap dengan semangat gaya hidup trendy. Hoodie gua tutup kepala, nampak mistirius beb! Gua masa tu dah perasan cool sempoi lagi berketerampilan. Bibit riak mula terbina denagn otomatik.



Tapi 4 tahun kat niuzilen sorang awek tak sangkut kat gua. Gua dah try bermati matian. Gua dah gariskan kehidupan social gua sejurus landing kat lapangan terbang oklen, niuzilen. Gua dah bentangkan pada Napie dan Sam si Dewa babi, depa senyap ibarat taqrir. Lega gua, lepas halangan pertama. Gua dah target first year gay dulu dengan Bago dan Nandos, tapi ntah camana end up gay sampai 3rd year, then final year baru gua dah gelabah anjing carik aweks.



Taste gua masa tu amoi, kalau melayu pon gua nak Chinese look. Ranggi dan tinggi lampai tu adalah ciri ciri kegemaran gua. Maybe sebab gua punye cinta dengan Ozawa chan tak dibalas, gua beralih dengan local offer yang ade kat sekeliling gua. Haramnya gua still tak dapat. Gua tatau nape. Nak kate hensem, Nandos dah bape kali klem gua hensem. Pastu gua blanje makan fish n chips. Gua dah try buat press statement dan muhabalah tiga serangkai dengan Nandos serta Bago. Namun masih tiada sambutan di kalangan pihak aweks. Maybe gua still too cool to get an awek, getus ati gua yang cuba menyedapkan ati. Gua redha je. Conscience gua suggest gua takde mangkin kehidupan berpeleseran yang cool. Mungkin yang dimaksudkannya x-factor. Nanti la gua study usha Wikipedia.


p/s: Cakap pasal angin, arini gua nak tukar angin kejap. Gua nak try genre lain kat next entry. Genre pasal cite satu babak dalam aktiviti harian gua. Asik asik cakap pasal brader Manjoi, nak carik makan pun susah. Brader Manjoi klem gua sampah blog, gua reply gua bangga dulu gua tak terjebak ngan blog. Ade tak gua klem gua ni anti establishment? Sekarang gua bukak sebab ade hidden agenda. kehkehkeh

Wednesday, April 21, 2010

Tahap Provokasi Gua

Gua rase power provokasi gua dah sedikit merudum. Menurun tepi bukit tak dapat memulihkan semangat yang gua asah masa kat niuzilen. Kehidupan kat niuzilen sangat mencabar ideologi dan budaya gua. Lagi lagi gua kene survive sorang sorang. Belom cite lagi macamana omputeh boleh rase gua cool masa gua dok ngan diorang 2007. Satu apartment, 6 orang, 3 laki 3 pempuan, sume omputeh, gua sorang je melayu totok. still. Gua survived! Period (Gua nak nampak cool lagi skali, last time gua promise).

Gua rase gua kekurangan provokasi dari sekeliling dan kelebihan keselesaan surrounding la. Gua rase Malaya ni terlalu comfort untuk gua berpikir lagi agresif. Kat niuzilen gua selalu layan kartun yang censored kat malaya. Skang mana gua nak cari Southpark ngan Family Guy. Tu sume sumber ideologi gua dan membuka pikiran gua ke arah radikal dan rebellious. Gua belajar jadi anti establishment pasal diorang la. Besar jugak la sumbangan diorang kat gua, terutama Eric Cartman. Mamblow ngan Raden tak sampai makam gua. Kuiz Facebook anugerah gua Makam Eric Cartman. Gua riak seminggu bai, tak tegur Mamblow. Raden lagi la picisan, dapat Kyle. Kat Malaya mana lepas nak ade kat tv cite katun nih. Tenet Cemperaisari sangat sampah dan siput babi. Sumpah gua kene carik alternatif lain. Tapi bukan Adamaya la, jiwa gua takleh masuk. Gua rebel, tu gua dah establish masa ngaji kat niuzilen.

Kat Malaya tengok wayang pon ade subtitle. Bangang mana la buat, bahasa jahanam nak mampos. Ade ke "Day After Tomorrow" jadi "LUSA". Kamjad bangang, takde unsur dramatik langsung. Belom gua bukak tajuk movie yang berjela panjang lagi. Gua tatau la kalau ape jadi kat tajuk alih bahasa untuk "Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan". Goyang tak ingat la lu nak translate. Terkekek kekek bukak dictionary, bentak hati gua yang mandrem barannya gua sedang control. Lu takyah translate la, lu perosak sumber klaka kat situ. Hilang seninya kat situ. Lagi indah bahasa gua, at least gua karang sendiri. Ni alih bahasa pon merangkak rangkak. Seb baik edisi 3D takde gangguan. Syukur gua dalam rintihan.

p/s: Gua masih merancang strategi gua nak beli external hdd ke tak.. Gua dah sangap gile takde sumber ilmiah Southpark. Episode trilogy Kyle sucks Cartman's Balls je yang sempat aku selamatkan dari panahan kilat tahun lepas. Haha tajuk pon dah macam sial kan? Tapi isi mantap bai. Kalau lu jiwa lemah, toksah berangan nak add satu lagi Program kat tv favourite lu kat Facebook. Respect my authoritah!!!

Pool Gua dan Relevannye kepada Gua

Gua kasik kat diri sendiri 6 hari untuk test market, menarik penagih penagih blog spesies nocturnal dan miang, dan memperbaiki gaya bahasa gua approach dan deliver maksud post gua kat readers. Gua rase tempoh ni vital untuk gua terus membangunkan lagi skill persuratan dan perbidanan melayu gua. Menurun kat tepi bukit bagi gua tak cukup untuk terap nilai nilai sastera yang tulus jitu lagi tiris. Aritu juga gua dah gariskan perlembagaan gua tak main dengan unsur unsur jin dan sihir. Gua taknak elemen kurafat dan syirik wujud dalam wilayah gua. Gua kene memperkuatkan asas sastera blog dengan training. Gua yakin gua boleh. Period(gua letak je, nampak cool bile orang letak "period" lepas abes perenggan).

Pool kat atas lu orang jangan pandang enteng. Gua kene tau selera malaun malaun yang baca blog gua. Gua kena survey ape pandangan akar umbi. Baru la marketing gua nampak garang dan tidak taghut. So brader sekalian, sile vote citarasa anda sebelum baca post gua k!

p/s: gua rase gua perlu masa bersendrian sebelum gua bukak mitos mitos dan lagenda gua..gua dah tak saba cite gua klentong lecturer omputeh gua, pastu tipu utusan melayu..imej masa tu pon gua snowboarder tegar, cool gaban tak ingat!!!!




heheh ade cerite hangat di sebalik gambar ni, gua saje kasik sneak peak kasik lu orang tak keruan sebelum tdo..kalau lu orang nak speculate, sile gunekan "Ruangan untuk fire gua" atau Chatterbox ihsan brader Manjoi..astalavista bebeh!

Kelemahan gua

Gua rase gua kene atasi kelemahan gua. Antaranya:
- akan tiba time tibe tibe gua ade banyak gile idea. masa ni jari jemari gua rancak menaip. walopon gua admit tu kepoweran gua yang tersembunyi, namun kadang kadang gua bole pegi overboard. kesannya gua lupe yang gua belom makan ngan mandi...solat? astaghfirullah...
- gua kene limit post gua bagi menjaga exclusivity blog nih.
- gua memang tuli skill skill blogging..time ni gua kene merayu brader manjoi. trade off nye gua kene tulikan telingan gua kene bahan depan depan

tu je la..
gua rase kene solat dulu..

p/s: gua kene berlagak power ngan brader manjoi...mana tahan kene bahan..gua rase nak amik degree IT balik la..pergh IT campur mechanical engineering keluaran Uni canterbury, gua rase Muzaffar shah goyang camni..Hati gua dah memberontak gile nama..esok jugak gua resign, kompem!

Gua dah semakin Hasler!

Gua dah ader chatterbox bai!
kehkehkeh..


p/s:credit brader manjoi sebab kongsi experience ngan gua..lepas gua nak letak tempat order mekdi ngan bayar astro. gua caj murah murah je. lu orang tunggu la hehe

Remi dan Adamaya

hahah si Remi punye taman gua tak perlu elaborate panjang. Dier siap backup brader Manjoi. Siap kutuk gua. Cis. Gue kene amik precaution nih. Konspirasi bole terjadi bila bila masa. Kes Marsha tadi baru intro..

p/s: Gua rase skang Remi tengah drive WTG time ni. Dier tetap cool. Mesti tengah activate pemanduan power WTG dier. Potong 8 Kancil. Kancil turbo eksos ade 5. Fries pulak panas. Pasang in-car DVD player cite Adamaya pulak tgh part2 sedih gile. Thrill gile la memandu dlm situasi caca merba ni. Gile power!

Pergeseran kecil kat Opis

Arini Marsha saje buat gua panas. Brader Manjoi amik peluang cucuk cucuk gua. Gua baran lantas jari jemari gua aktif menggulung isi. Ni gua ade paparkan ape yang sebenarnye terjadi siang tadi. Kamjad punye makhluk!

Conteng lutut azhar daud (surat layang marsha)



20April 2010

Jam di dinding menunjukkan pukul doplas. Tapi sebernarnya pukol 6:05, tapi jam kat rumah no3 cemperaisari 1b tuh dah kaput sejak tahun lepas lagi.nauzubillah.tu tak kira air slow kat tandas blakang para amah2 dan jugak atap bocor brader manjoi lagi. Gua rasa la rumah tuh kene islamkan dulu la weh. Ambik berkat surau berdekatan yg korang tak pernah jejaki lagi tuh.



Berbalik semula kepada jam berpukul doplas tetapi sebenarnya bermasa 6:05, kelihatan tiga sahabat leka di depat ruang tamu sambil menonton slot akasia di tivi 3suku.sorang baring sambil laptop vaio kat celak ketiak, sorang duk atas sofa pemberian ibunda dan ayahanda beliau, sorang lagi duk atas lantai sambil muka bermucung serta tangan meraba2 badanya yg ala fahrin itu.weh budak sendat, kalo nak ikut body si fahrin tuh buleh, tapi jangan ko nangis dlm tibi dah la.hancur terus kejantanan n hero kamu itu. Cuaca time tuh agak redupla, disertakan batuk2 pembawa virus dari rnd.cibai ah PRK nih, merosakkan suasana mata gua sambil pencemaran bunyi penjilat2 parti.kamal ali betol la korang nih.



Tetiba ketiga tiga tersenyum puas sambil dlm hati kecil tulus mereka berkata:”wah,bahagianya”. Kalo anda berada di situ, sekilas pandang kat screen tivi bersaiz 14inci tu akan kelihatan heroin declare yg dia ngandung sambil kepala menenyeh nenyeh kat hero yg kononnya sangat kacak wajahnya itu macam si gambit.



Nota lutut: weh brader sendat, hancur status hero n legend ko bila aku dgr crite nih. Tersengih sengih depan tivi cam beruang koala hidu tahi.hilang terus gaya hero ko time ko mula2 crite yg ko ngangur 6bulan sebelum keje kat sony sambil gembang ko wat tivi led dalam minda gua.hampeh



Regards,



Gua rase gua sedang diperkotak katikkan. Gua mana layan Adamaya bai!!
Gua reply balik:

Jam tangan gua yang mahal kate pukul 1130am. Tak sia-sia gua beli mahal-mahal. Ni salah satu nak tunjuk status gua walopon pemakaian gua zuhud takde brand. Gua sebenarye agak malas nak tulis kat opis memandangkan gua dah tekad semalam bukak blog porno. FYI, porno ni antara industri yang dilindungi di jepun. Nasib baik ozawa-chan ade orang protect. Gua menarik nafas lega. Gua rase website ade porno sket sangat efektif menarik minat pelajar-pelajar sekolah menengah. Sekaligus gua terap isu-isu berkisar kehidupan kat post gua supaya ada pengisian ilmiah sket. Gua yakin blog bole capai maksud.



Gua terkesima tengok Marsha londoh selambar badak tuduh gua layan Adamaya. Gua tak terliur langsung nak tengok cite yang sentimental macam tu. Gua ni Legend, hardcore dan tiada perasaan. Kalau lu susah sangat nak baying gua macamana, lu bayangkan Bezita. Gua sejibik macam dier. Gua masa darjah 6 dulu ade mnyimpan cita-cita nak jadi Bezita masa kene rasuk Babidi. Masa tu gua rase ganas, taiko dan cool gila. Dulu kalau gua kaye macam skang, sure gua beli baju perang orang Saiya walopon diimport dari jepun. Gua bole selit ozawa-chan sekali. Bezita ni bagi tahap intelligent darjah 6 sangat taiko dan gengster. Bole tibai Nacpa botak camtu je, getus gua. Ade tanda M beb, orang kampong bole saspek gua sujud lama, point gua tambah kalau nak ngorat awek kampong sebelah. Point gua naik lagi.



Gua rase gua tak penah nak abeskan masa semata-mata Adamaya. Lu kalau nak klem brader Manjoi gua tak kesah. Brader manjoi dan confess awal-awal kat gua dier memang minat gile babas kat slot cite tuh. Tuan umah dah kene propaganda brader Manjoi. Tuan umah ni satu, jatidiri kurang sangat. Tapi tu anggapan gua. Mungkin sebab brader manjoi dah selalu ikot tuan umah men badminton tapi gua tak. Gua jatidiri kuat. Baik gua layan Buletin Utama sambil makan nasik ayam kukus.



Gua takde masa lapang nak layan cite picisan macam ni. Baik gua jogging sebab gua mementingkan kesihatan. Jarang ade orang hensem dan stylo macam gua concern pasal kesihatan. Sebab tu gua klem gua legend. The one and only. Yang gua dok depan tv sebab masa tu gua tengah nak kering peluh gua, kulit gua sedang berkumuh. Kat situ la de kipas yang sentiasa nombor 5. kadang-kadang tuan umah senyap-senyap tuka nombor 4, klem yang dier takleh napas. Gua kene la berlaku adil (adil=meletakkan sesuatu di tempatnya). Gua mau peluh tersejat dan haba dari badan gua diambil melalui proses fizik dalam bentuk haba pendam penyejatan. Gua senyum senyum sebab gua terhibur tengok brader Manjoi khusyuk layan adamaya tanpa mempedulikan ekosistem umah yang sedang dirogol oleh peluh gua. Gua langsung tak goyang la tengok adamaya. Si brader manjoi bole komen penuh emosi pasal brader yang beliau saspek kacau maya. Gua bosan. Siap gua sound brader manjoi lagi;



“Weh ape ngarut cite nih, baik gua pegi semayang..”tempelak gua dengan suara garau ala trailer..



p/s: lu saje nak kene gua nih Marsha. Lu tengok nanti nama lu dah naik kat blog porno gua. Pasal lightsaber lu gua dah tak kempunan. Gua ade pedang lagi cool dari lu punya. Dier tulis "Pakistan Cutlery". Pakistan mari bai, lu ingat kain kapet je ke dari Pakistan. Bole cantas pokok pisang bai, lu ade bran?









Brader Manjoi datang menolong..Hikmat naga Gaban!

Cibai gua kene tapau ngan Brader Manjoi. Dier klem blog gua basic tahap budak budak Taski punye intelligent. Gua sket lagi je nak amuk satu Cemperaisari..
Dier bole tunjuk Chatbox kat gua..gua betol betol panas time nih cis cis
Letak gambar lagi la gua tuli bai!!

p/s: ni sume tanda gua benar benar virgin dari buat blog, gua kan underground lagi rebellious, muda dulu mana layan mende mainstream macam blog ni kehkehkeh..ni pun sebab gua nak try market bakat kesusasteraan gua. Kot kot DBP terbuka hati nak amik gua jadi pembuat karangan contoh SPM. Gua sempoi!

Tuesday, April 20, 2010

Buta blog!

Cilakak, macamana nak edit page tambah link-link nih..gua kene promote link-link brader lain jugak, barulah ade silaturahim macam gua belajar dulu-dulu..
nanti la lepas brader Manjoi balik gua tanye lah..kamjad btol la
nanti bole gua selit bisnes sket-sekt, gua pon nak hidup gak..

kepada brader-brader veteran lu kene la bimbimng gua, potensi gua sangat besar nanti gua dah stat mintak duit nanti lu menyesal.. baik lu tolong skang..

heheh

Artikel Percubaan market Gua no. 2

yang ni pulak no. 2
gua sebenaye nak bahan member gua si Remi nih hehe


TokokTambah bersama AmarIpin


Gua dah stat selesa dengan gaya penulisan gua. Ilmu ilmu tatabahasa dan kesusasteraan melayu gua dah mula sebati dan ngam dengan jiwa gua. Legend dari zaman kampung melayu banting gua dah stat naik balik lepas gua pegi menurun kat belakang umah marsha tepi bukit yang ade menara celcom tuh. Sambil sambil tuh gua usha LightSaber Marsha yang gua dah lama nak buat senjata sulit bagi gua menghadapi pak gad kelak.

Gua nak dedicate post ni kat memebr gua bernama Remi. Nama beliau memang stylo, ade iras-iras pelakon Gila-gila Remaja (GGR). Kalau tak salah gua pelakon dier Rosyam Nor, tapi mamat remi ni lagi tampan dan metroseksual, tanda-tanda lelaki bercitarasa tinggi. Brader dalam GGR ni merempit pakai scrambler, si Remi ni pulak lagi legend dengan Forte WTG beliau. Nak cite kerek dier ngan Forte gua malas nak ungkit. Aritu beliau sembang kencang pasal potong 2-3 kete sambil makan French Fries mekdi. Kencang jugak brader nih, getus gua dalam diam.

Pastu ade pulak part yang beliau tegaskan dalam sembang beliau, WTG beliau ade self-corrective skidding system yang dipanggil ERC (Kot..) yang berjaya menyelamatkan pemanduan beliau ketika tergelincir semasa hujan lebat kat laluan bukit Rawang. Beliau gebang beliau berjaya menyelamatkan populasi mat rempit yang sedang bercengkerama dalam hujan time tu, gua percaya tak ingat sambil meleleh air liur. Lepas gua kagum sangat dengan features kete beliau, beliau ajak gua try WTG masa tsunami kat Aceh nanti, ujar beliau dengan megah. Gua hanya mampu ternganga kekaguman.

Si Remi ni ade klem gua dok kat Sg. Lui. memang la nak pegi umah gua kene lalu Sg. Lui tapi umah gua sebenarnye kat Kg. Sempam Baru. Bukan sepam la tungau, Sempam...Sg. Lui tu kampung sebelah, memang ade sungai kat area tuh. Port gua carik ketam batu buat lumba dan haiwan peliharaan eksotik sebelum gua pandai merempit. Ade jugak jadi tempat port gua test market gua kat awek-awek kampung sebelah.

Sebab si Remi ni dah yakin sangat gua dok kat Sg. Lui tuh maka gua iyakan je la, jaga hati beliau punya pasal. Mungkin beliau nak ade member yang senasib ngan beliau, dok ulu-ulu macam beliau yang menetap secara nomad di Pos Dipang, stretch sampai ke Taman Melawati kadang-kadang. Nak bangkang kang kecik ati pulak. Orang asli ni emosional sket, diorang dilahirkan sensitif dan mudah terasa hati. Patut la orang asli ni power predict hujan, yang jauh 8 bukit boleh dengar stok telekup telinga kat tanah. Gua respek abes kalau Remi bole demo mende sama depan mata gua. No wonder la WTG lu slalu bersih bai, lu ade power detect hujan. Saspek la!

p/s: Remi lu tetap legend gua, sebab lu hati gua terhibur masa shop attachment sambil dengar sembang Forte lu yang power gile tu, siap bole bole klua slurpee kat celah-celah speaker. tak masuk lagi cite lu cucuk angin makcik kancil merah jalan selayang lagi.. Gua dengar lu cucuk kancil tu masa naik bukit, sadis gile lu...Gua tabik spring sama lu bai!

Artikel Percubaan market Gua no. 1

Ni artikel no. 1 yang gua supply kat member opis gua untuk diorang evaluate..
Gua punye hidden agenda gua bahan Brader Manjoi dan Tuan Umah kat rumah sewa gua..kehkehkeh
Ni gua buat tak pikir panjang dah. Taip pastu teros email.
Gua tau gua punye gaya bahasa sastera A. Samad Said bole goyang kalau baca hehe..

Tokoktambah Bersama AmarIpin

Pagi ni sepi, haru dan bersemangat waja. Brader Manjoi bangun awal dari aku, lantas mengonker jamban kasta rendah kat belakang umah Cemperaisari. Tuan umah gua setendet la tak amik port pasal kebajikan gua dan brader Manjoi kat belakang. Janji beliau siap awal keje sudah. Port malaun lain bukan concern beliau.

Cume kadang-kadang Tuan Umah tak keruan dan hilang arah bile AGY dah blok kete dier. AGY memang selalu jugak ikut kepala lutut dier nak parking mana-mana. Sebelum aku masuk umah Cemperaisari dulu aku dengar dier bantai parking tengah-tengah jalan sebagai tanda protes takde orang gi ajak dier makan beger. Tak beragak owner AGY nih, ingat lu sorang je boleh parking sukati, nanti gua parking bas kuning Sg. Boye atas kete lu baru lu nak melutut depan gua. Masa tu lu nangis darah pon hati gua kering je main Gundam kat PSP keramat gua. Gua bukan ape kalau isu beger tu. Kalau gua memang malas nak makan makanan rapu macam ni, takde langsung unsur gizi seimbang piramid makanan. Kalau PERKASA tau gua boikot beger kompem gua jadi AJK menengah atas macam gua konker persatuan matematik di bangku sekolah dulu. Tersengih gua sekejap.


Berbalik pada sembang gua pasal mandi pagi tadi, selalunye brader Manjoi ni ganggu konsentrasi mandi pagi hari-hari. Kalau beliau kat dalam, beliau selamber badak melepak dan membiarkan subuh gua mencapai makam gajah. lantas gua mengambil inisiatif sendiri untuk wuduk kat sinki dapur, sambil-sambil mengusha bilik tuan umah yang dah berlampu dan ade bunyi-bunyian lagu Panic at the Disco. Kalau macam gua mana layan music Barat pagi-pagi, gua layan Panggilan Hangit. Tapi kadang-kadang gua tak sempat layan sebab time tu gua sedang bergajah sebelum subuh gua tak valid lagi dipanggil gajah. Mungkin badak, pikir gua. Dinasor tu gua malas nak suggest sebab gua malas nak masukkan mende yang dah pupus. Gua seorang yang realist yang underground, so gua kene kritis dan kreatif pilih cadangan.. Takpe la lu tuan umah, lu ade bilik air sendiri, nanti tokey umah sebenar datang lusa gua repot A sampai Z, padan muka lu kene sound free-free nanti. Masa tu baru lu tau sapa gua sebenarnye. Gua pon ade evil scheme nak jatuhkan lu, part gua calling-calling tokey tu baru intro, gua belum eksploitasi potensi yang gua asah kat niuzilen lagi.

Maka lepas gua semayang dengan khusyuk gua pon layan hot.fm. Gua lupe la gebang ape kat radio masa 705 sampai 712am. Memang sah gua kojol instant time tu. Ni mesti angkara brader Manjoi, saspek gua. Kesian gua pagi-pagi kene penaya dengan brader Manjoi yang tengah syok konker jamban. Nampaknye gua kene stabilkan diri gua. Gua kene tangguh hajat besar gua kat opis memandangkan air kat jamban opis kuat dan berposisi cangkung. Lepas brader Manjoi mandi gua pon mandi.

Gua malas nak cite pasal mandi sebab sume orang mandi pagi, tak perlu gua nak eksplen detail. Lepas mandi gua dengan takabburnya tukar baju sleeveless gua yang macho dan menggosok gigi di sinki dapur. Bukan ape, air kat dapur kuat sket, defend benak gua... Takkan nak gua gosok gigi kat opis, kang jahanam pulak ekosistem opis testing tu dengan serangan gas beracun. Tapi setakat gua nak simpan sket untuk pak gad ape salahnye, senang sket gua nak parking depan opis.

Brader manjoi arini kerek sebab dier dapat awal dari gua yang time-concious nih. Tuan umah buat bodo je, beliau ni jenis spesies takde perasaan macam gua, tapi gua lagi hardcore. Tapi gua panas jugak tengok tuan umah ni, ingat makam tinggi sangat ke, kang gua sorok spoiler kete lu baru tau.

Pagi tadi jam 725 gua ditinggalkan keseorangan kat umah. Gua sempoi je, takde rase gelabah lagi cuak macam pengawas sekolah gua nak rush orang kat pintu pagar. Setakat nametag lu cantik, nak repot-repot gua sket pon tak goyang, getus ati gua yang berkain tuala lepas berak pagi tu.

Lepas gua kunci umah, gua stat kete legend gua Wira Perkasa edisi CKD yang super rare. Wira Perkasa gua ni kire legend la, idop dari 1994 sampai skang. bape juta lubang dier langgar gua tak penah kire tapi gua dah bantai lenjan pon Wira Perkasa ni tetap maintain. Tapi kesian Wira gua ade skebes kat bumbung dier. Gua bukannye nak beliau tersiksa, cume gua nak beliau belajar tanggung kesalahan sendiri supaya jangan main pasir, kan dah berkudis buta. Gua geleng kepala sendirian.

Lepas gua tutup pintu pagar, gua mesej akak bisnes cakap gua dah nak gerak gi opis dah. Hati akak bisnes kenelah jaga. Kalau tak sape lagi nak marah-marah gua. Setakat marah brader Manjoi gua langsung tak goyang, gua buat bodo je...

Arini gua dapat parking dekat opis. Hati gua tenang dan bersyukur ke hadrat ilahi. Sekurang-kurangnya harini gua tak mulakan dengan carutan ilmiah. Kurang sket dosa gua kat pak gad. Arini gua berazam gua bekerja dengan gigih dan saksama meningkatkan potensi diri gua yang legend kat wilayah testing nih. Tapi apahal gua tengah tulis mende nih? Aduyai, gua dah sesat dan menyesatkan dah nih, keluh gua...baik gua stop skang, tak sanggup gua mengecewakan diri sendiri...


p/s: Gua rase dengan blog ni bole jana pendapatan pasif. Bukan ape, gua rase kesusasteraan bahasa melayu gua boleh tahan dan boleh pergi jauh. Tambahan pula masa kat kolej gua editor buletin bola yang legend sampai skang. Sumpah ranking Mustika jatuh merudum, Mangga dah masuk liga kelas bawahan. Sampai skang jugak ramai junior-junior dan awek-awek kenal gua sebab kelegendan gua, siap angkat tangan ajak makan mekdi. Tapi gua zuhud dan tepis sume hakikat keduniaan nih. tapi masalahnya, bole ke gua bukak blog memandangkan gua dulu penah pangkah orang berblog geli geleman? Chill la, blog gua cool santai dan kemas. Lagipun dulu brader Manjoi mana layan Friendster, tengok skang bole layan Farmville dengan Marsha. Gua senyum tanda kesyukuran.

Testing..Test..test..

Salam gua ucapkan pada malaun-maluan yang sudi bukak blog baru gua..
Untuk pengetahuan semua, gua baru je berjinak-jinak dalam bidang blog dan bercadang lebih serius memperkembangkan potensi gua dalam bidang kesusasteraan bahasa melayu gua.
Member-member opis gua yang api-apikan gua bukak blog especially brader Manjoi ngan Remi.
Maka gua rase gua perlu mengorak langkah pertama gua secepat mungkin..

Gua ade jugak hidden agenda gua untuk menyedapkan jiwa underground gua terap selama ini.
Ni kira gua punye official post la, ade nanti gua selitkan edisi pre-blog gua yang gua ranjau brader Manjoi ngan Remi sebagai percubaan market.
Gua rase gua dah nampak market segment gua.

Kat sini takde isi-isi yang sentimental jiwang karat mahupun geli-geleman yang gua pangkah dulu-dulu.
Blog gua cool santai dan kemas. Gua yakin pembaca blog suke penampilan blog macam ni, getus gua sendirian. Kalau bab-bab yakin dengan diri sendiri, gua rase ni sume picisan je buat gua kahkahkah..Sebab tu gua penah jadi wakil hafazan masa darjah 4. Gua kompemlah gua dah ade ciri-ciri legend kat Kg. Sempam Baru..Tu nanti gua kupas kat post akan datang...

Part kaler blog gua lu orang toksah la bising. Gua saje je buat gelap nampak macam porno sket, gua nak tarik jugak market remaja akil baligh. Tapi sebenarnye gua tak reti meng'adjust' kaler mengikut tektik html. Padan muka gua malas berkecimpung dalam bidang blog dan sewaktu dengannya dulu. Yang pasti, gua paling hasler dalam Yahoo Mesengger dan Friendster (dulu la).. Kalau gua nak riak, Matlab gua power jugak kehkehkeh..Nanti la gua belajar pelan-pelan camana nak taruk gambar ke, MLM ke.. Gua konfiden gua bole 2-3 jumaat lagi..

Okeh la gua rase gua dah mengarut sangat untuk sesi taaruf. Tapi sesuai la tajuk pon KarutMarut.com. Memula nak letak e-santau angin tapi gua cube nak kurangkan elemen khurafat kat blog gua. Ok bebeh, challo!



p/s: Gua rase gua background itam ni cukup cool untuk orang-orang umo cam gua, tampak misteri, malahan porno bagi remaja akil baligh...