Ruangan gua promote bisnes akak bisnes

Ni iklan akak bisnes punye spot, lu orang jangan nk komplen banyak. Akak bisnes dah sound gua awal-awal letak link dier kat tempat paling obvious. Marketing kena agresif dan kencang, ujar Rahim Osemness kepada gua. Lagipun gua tau gua banyak kontek hehe..



Perkhidmatan andaman dan mekap mekap..







apa jenis topik yang patut gua ketengahkan?

Wednesday, April 21, 2010

Tahap Provokasi Gua

Gua rase power provokasi gua dah sedikit merudum. Menurun tepi bukit tak dapat memulihkan semangat yang gua asah masa kat niuzilen. Kehidupan kat niuzilen sangat mencabar ideologi dan budaya gua. Lagi lagi gua kene survive sorang sorang. Belom cite lagi macamana omputeh boleh rase gua cool masa gua dok ngan diorang 2007. Satu apartment, 6 orang, 3 laki 3 pempuan, sume omputeh, gua sorang je melayu totok. still. Gua survived! Period (Gua nak nampak cool lagi skali, last time gua promise).

Gua rase gua kekurangan provokasi dari sekeliling dan kelebihan keselesaan surrounding la. Gua rase Malaya ni terlalu comfort untuk gua berpikir lagi agresif. Kat niuzilen gua selalu layan kartun yang censored kat malaya. Skang mana gua nak cari Southpark ngan Family Guy. Tu sume sumber ideologi gua dan membuka pikiran gua ke arah radikal dan rebellious. Gua belajar jadi anti establishment pasal diorang la. Besar jugak la sumbangan diorang kat gua, terutama Eric Cartman. Mamblow ngan Raden tak sampai makam gua. Kuiz Facebook anugerah gua Makam Eric Cartman. Gua riak seminggu bai, tak tegur Mamblow. Raden lagi la picisan, dapat Kyle. Kat Malaya mana lepas nak ade kat tv cite katun nih. Tenet Cemperaisari sangat sampah dan siput babi. Sumpah gua kene carik alternatif lain. Tapi bukan Adamaya la, jiwa gua takleh masuk. Gua rebel, tu gua dah establish masa ngaji kat niuzilen.

Kat Malaya tengok wayang pon ade subtitle. Bangang mana la buat, bahasa jahanam nak mampos. Ade ke "Day After Tomorrow" jadi "LUSA". Kamjad bangang, takde unsur dramatik langsung. Belom gua bukak tajuk movie yang berjela panjang lagi. Gua tatau la kalau ape jadi kat tajuk alih bahasa untuk "Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan". Goyang tak ingat la lu nak translate. Terkekek kekek bukak dictionary, bentak hati gua yang mandrem barannya gua sedang control. Lu takyah translate la, lu perosak sumber klaka kat situ. Hilang seninya kat situ. Lagi indah bahasa gua, at least gua karang sendiri. Ni alih bahasa pon merangkak rangkak. Seb baik edisi 3D takde gangguan. Syukur gua dalam rintihan.

p/s: Gua masih merancang strategi gua nak beli external hdd ke tak.. Gua dah sangap gile takde sumber ilmiah Southpark. Episode trilogy Kyle sucks Cartman's Balls je yang sempat aku selamatkan dari panahan kilat tahun lepas. Haha tajuk pon dah macam sial kan? Tapi isi mantap bai. Kalau lu jiwa lemah, toksah berangan nak add satu lagi Program kat tv favourite lu kat Facebook. Respect my authoritah!!!

No comments:

Post a Comment

ruangan untuk fire gua