Pool dah kate gua kene himpunkan riwayat kisah pembelajaran gua. Gua kene adil dan saksama. Sebelum tu gua nak rawi satu hikayat masa gua first first jadi hamba kompeni jepun.
Kompeni jepun ni takde la seimperial Kompeni Hindia Timur Inggeris, kompeni ni perasan bes je. Dah nama pon Jepun, sah sahlah mengikut ajaran animisme Otromen dan bertonggakkan dongeng Doreamon. Kompeni Jepun ni mengamalkan ekonomi kapitalis perhambaan yang ektensif. Ramai jugak manusia manusia terperangkap dengan janji syurga dunia kompeni nih. malangnye sume dah terperangkap jadi hamba fitnah.
Sistem perhambaan yang diamalkan Kompeni Jepun ni berleluasa. Anggaran kasar hamba hamba dalam kiraan 10000 orang. Pelbagai kaum serta bahasa difitnah menjadi hamba paksaan. Kompeni ini juga femes sebagai kompeni yang mengamalkan dasar hamba sampai mati di seantero dunia. Mereka juga ade terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia bagi tujuan eksperimen dan perkulian batak.
Setiap hamba dicop buntut mereka bagi tujuan hakmilik kekal. Macam lembu, mereka melecur akibat dicop dengan besi panas, kadang kadang sakit sampai buasir. Sapa yang ade kayap lagi parah. Sampai berkudis gua tengok, nak garu pon pedih. Azab bai. Kesian. Gua dapat eskep sebab gua menyamar jadi pak gad. Penyamaran tahap SB gua tak tipu!
Setiap cop panas dilengkapi teknologi scan kedatangan. Kompeni ni bijak, takkan nak main sain sain je. Memanjang je eskep hamba sahaya bagai. Setiap kali nak masuk kilang hamba kene tonggeng buntut kat sensor. Acapkali hamba ni datang sheikh kentut setiap kali scan. Kalau sume 10000 hamba kentut masa scan, mau tak puaka sensor scan tu? Gua nak tengok sensor tu pon tak rela. Tu pasal gua menyimpan semangat rebellious dari belenggu kompeni syaitan nih. Semangat berjuang meluap luap. Azam gua nak bakar kompeni ni dan membebaskan hamba hamba. Kire gua dah tambah kredit untuk kifarah nanti.Tak perlu susah puasa 2 bulan. Kahkahkah.
Akhirnye gua dah tuka kasta sosial gua. Gua dah improve kat hierarki piramid sosial. Dari hamba gua masuk golongan borjuis dah. Hehe. Legend is legend.
p/s: Gua ingat dah tuka keje dah takde Jepun. Tapi jumpe jugak puak "due to" nih. Gampang. Sume tempat ade ke? Samurai X penah klem "Takkan Hilang Jepun di Dunia" ke? Cilakak!
Eh hello! I'm back kekekekeke
10 months ago
No comments:
Post a Comment
ruangan untuk fire gua