Ruangan gua promote bisnes akak bisnes

Ni iklan akak bisnes punye spot, lu orang jangan nk komplen banyak. Akak bisnes dah sound gua awal-awal letak link dier kat tempat paling obvious. Marketing kena agresif dan kencang, ujar Rahim Osemness kepada gua. Lagipun gua tau gua banyak kontek hehe..



Perkhidmatan andaman dan mekap mekap..







apa jenis topik yang patut gua ketengahkan?

Friday, April 23, 2010

Lagenda HISROK

Sekitar tahun kedua gua di Kampung Melayu Banting

Seingat gua masa tu kat bilik tibi blok B. Bersama gua ade kutu bernama Lout, Firdo, Hadee dan beberapa kutu lain gua tak ingat. Gua sebenarnye bukan penduduk tetap blok B, gua menginap kat blok C atas umah Warden, si saleh. Gua gila gila sayang dengan saleh. Dier tak penah membulukan gua mahupun kerabat gua kat sektor L blok C. Hidup gua paling harmoni hidup dengan salleh.... Lancau la. Pejadah lu lepas ayam katik lu masuk dalam bilik gua. Siap berak atas katil gua. Gua dah nak henyak dengan fire extinguisher dah, nasib baik gua sempat bertasbih. Gua bertasbih banyak banyak bile anak lu selongkar bilik gua. Sebab tu skang gua dah menjadi belia wasatiah.

Masa tu minggu penghayatan islam. Gua liberal. Tapi basic agama gua teguh. Gua tak mudah jadi buta taklid. Sebab tu gua kat bilik tibi layan buletin utama. Tak silap gua ramai berduyun duyun ke mesjid, ade usrah kot. Pasal ape gua taktau. Yang gua tau kutu kutu lain tengah layan buletin utama sebab nak tengok highlight. Gua pulak nak tengok pembaca berita hot sambil minum nestum milo. Bes rasenye bile cebisan nestum melurut masuk ke rongga trakea terus ke perut.

Ade jugak populasi kutu yang menganut kepercayaan lain. Kuil diorang di common room. Antara ajaran yang menjadi pilihan ialah Zuma, Dota, CS dan Pikachu Volleyball. Penganut ajaran Dota lah paling tegar. Sesi pemujaan selalunye start lepas jumaat sampai malam ahad. Khusyuk tak ingat, gua ingat sume dah stok makam tinggi punya, tahap mujtahid ulung.

Kutu seperti Lout, Firdo dan Hadee pulak adalah kaki asap. Banyak asap menjadi hisapan mereka. Maka banyaklah jin jin bertandang menangguk asap hembusan mereka.

"Mana stok baru lu bai?" tetiba Lout membuka bicara qalbi.

"Ada kat atas.." sambut Firdo dengan jujur.

Masa tu gua nampak ade sorang naqib usrah bernama Taro mengintai bilik tibi di celahan kekisi tingkap. Gua rase dier nak melencong jap sebelum berusrah. Yelah, manusia.. Rambut sama gelap, hati lain lain. Gua paham keinginan dier nak join kutu kutu lain bukak usrah kat bilik tibi.

Lupe nak cite trend kat kampung melayu banting ialah menggabungkan kata nama menjadi frasa unik yang ringkas utuh dan jitu. Contoh terbaik ialah LekLuuu yang berasal dari rilek dulu. Format popular untuk ajakan berasap.

Sekarang ingat kat bilik tibi ade gua, kutu 3 ekor dan naqib dalam babak nih. Gua sambung balik cite riwayat gua.

"Weh jom la lepak atas, Hisrok kejap.." ajak Hadee keayam ayaman.

******************

" Korang nak gi ceramah Isra' Mi'raj kat masjid eh.. Dah nak stat dah tu.." sampuk Taro bersahaja, kemudian meninggalkan kitorang setelah yakin kitorang akan mengikuti jejak langkah dier.


******************

Kutu kutu sume dah gelak guling guling macam babi dah, kalau ade lopak tepi tu kutu ni dah jadi babi. Gua gelak berdehem dehem jugak. Klaka pun ade. Sampuk lenkali bersalam la.

Hisrok la!!! HISROK!!!

HisRok tu HISap ROKok!!!!

Gua dah tak tahan gelak macam tenuk tercekik tebu. Kutu asap sume dah hisrok. Gua still kat bilik tibi. Ramalan cuaca belom abes lagi bai!!

p/s: Ni adalah antara riwayat gua bole gebang kat lu. Jangan bimbang, gua perawi yang thiqoh, sohih dan rojih. Gua rase brader Manjoi tau cite nih. Dengar dengar kutu 3 ekor ngan Taro ade kat UK. Gua dengar lagi, usrah kat UK kuat. HISROK la korang sama sama ok? Hahahahah

No comments:

Post a Comment

ruangan untuk fire gua