Ruangan gua promote bisnes akak bisnes

Ni iklan akak bisnes punye spot, lu orang jangan nk komplen banyak. Akak bisnes dah sound gua awal-awal letak link dier kat tempat paling obvious. Marketing kena agresif dan kencang, ujar Rahim Osemness kepada gua. Lagipun gua tau gua banyak kontek hehe..



Perkhidmatan andaman dan mekap mekap..







apa jenis topik yang patut gua ketengahkan?

Sunday, May 30, 2010

Tribute to the Legendary Bgho Raden

Bgho Raden.
Nama yang sinonim dengan legendary di niuzilen.
Sebut je nama bgho, memang sume pempuan melayu mat saleh maori dah tahap *** fantasy dengan brader nih.

Gua mulekan macamana gua kenal pastu kamceng dengan Bgho Raden. Gua harap pembaca bole baca bismillah dan ade air oren tepi leptop buat jajan untuk pengisahan gua kali ini.

********************

Masa tu gua 3rd year. Hidup kat uni kenteburi sangat bes memandangkan gua memang tak fokus langsung kat study. Gua memang aim gua pegi niuzilen nak enjoy. Akedemik tu belakang cite. Janji gua puas idop enjoy yezzaa.

Walopon esainment sume gua anta ontime dan sume lecture bole dikatekan gua attend, tu sume lakonan semata mata. Hakikatnye gua tak penah proof read esainment gua, lepas siap gua terus print, pastu anta. The end. Yang gua datang lecture sebab gua rase masa tu je gua belajar, lepas klas jangan harap gua bukak notes lah. Elaun buku teks gua buat beli season pass Mt Hutt.



Ni lah aktiviti gua masa gua ponteng klas. Oh, gua rindu beanie gua tuh.. Barakah barakah!



So secara wasatiah dan tuntas, gua rase gua perlu memperuntukkan dan berkorban masa untuk ke lecture supaya tidak kelihatan taghut dan haprak di mata aweks. Tapi ade la kadang kadang gua terlupa dan ke mt hutt secara bidan terjun. Biasa lah manusia tak sempurna.



Kadang kadang gua ponteng klas pegi snowboard dengan flatmate gua dari Amerikaa, Mohd. Hayes yang gua selitkan dalam gambar salam perantau utusan melayu. Kahkahkah padan muka utusan kene dusta dengan gua. Nanti gua cite details.. AMERIKAAAA!!!

Lupe nak kate gua hidup campur dengan mat saleh. Bes gila bai. Sempoi abes la. Tu yang gua klem enjoy gila. Hehe malas la gua nak cite panjang. Tu cite gua dan niuzilen. Hehe.



Bes tak niuzilen? Bes bes! Gua rilek je, sket pon tak goyang! Afdhal afdhal!

Masa tu ade perjumpaan kat common room Unihall, tempat gua berlagho bersama flatmate gua. Masa tu gua rase bgho raden 1st year. Gua dah dengar cite dari kutu kutu lain pasal bgho. Gua rase radin ni gue kene cungkil lagi info pasal beliau.

Sedang gua menghirup udara autumm sementara ke common room, gua terserempak dengan mamat raden nih. Gua pon perkenalkan diri. Secara tibe tibe raden cakap;

" Eh bgho, lu ade awek tak? Lu hensem la bgho.." Ujar raden dengan jujur.
Gua tersentak. Daun pokok pine sebelah gua yang sedang jatuh terapung sekejap. Gua rase masa berhenti seketika.

Dengan berbekalkan motivasi diri agar diri tidak kelihatan jatuh dengan pujian melampau walopon gua tau tu doa untuk gua.

Walopon sebutan mahkroj R beliau tak begitu jelas tapi gua angguk sebagai usaha amik hati beliau. Small matter. Ni macam sindrom gua masa kecik, getus hati gua.


Lantas gua reply;

"Eh takde la bro, gua takde awek la, gua tak hensem macam lu. Rambut botak skinhead, kot kulit brutal. Lu lagi hensem bro, ganas pulak tuh.." Balas gua dengan cool.

Gua nampak irak irak ceria di muka raden. Bercahaya dan bersinar sinar macam cite anime. Nampaknye beliau termakan pujian gua.

"Betul ke gua hensem bgho?"

"Betul gua tak tipu.."

"Bgho jangan dusta gua bgho, hukum nye syighik hanapi.."

Gulp.
Sekali lagi gua tersentak. Air liur yang gua nak telan macam susah nak turun ke salur trakea gua. Nafas gua berdegup kencang. Gua cube mengawal aura gua supaya kelihatan kental di hadapan raden. Gua kene kontrol macho depan junior.

Justeru, gua angguk tanda gua setuju dengan raden.

Lepas dari itu gua dah stat kamcing dengan bgho raden, especially masa sketsa Afiqah.

*******************

Hanapi tu ketua Islamic society kat uni gua. Yang brader raden ni bole buat term baru; syirik hanapi. Dia cube menggabungkan perkataan tersebut macam "Mazhab Syafie", "Haram Qat'ie"..

Haha sedap ati lu je gabung term. Gua actually dah gelak gile babi masa cite balik dengan kutu kutu lain. Lepas dari itu gua cube korek balik term term power yang gua tuntut dulu demi dikongsikan dengan bgho raden agar kemaslahatan ummah bole dibaiki dengan kegeniusan raden. Nanti gua cite pasal isu "Asbabun nuzul" yang gua ajar kat raden.


p/s: Gua still saspek raden sampai skang. Tapi gua dengan skang beliau ilang kat facebook. Apahal ni bgho? Taghut nih bgho. Banyak gua nak karut dengan lu nih! Rindu mubakkiran rindu rindu! Gua nak upload gambar raden yang legend nih, tapi gua kene mintak kebenaran beliau dulu..

No comments:

Post a Comment

ruangan untuk fire gua