Masa tu gua nak balik. Gua dah malnutrisi dan kwasyiokor, akibat perhambaan secara intensif. Nasib baik gua cakap gua ade penat sket arini, sengugut. Penipuan gua yang genius berjaya dengan lancar.
Pemanduan mr2 gua malam itu lancar. Malam yang suam suam kuku menaikkan mood perasan bes dalam hati gua. Sekali sekala gua pandang sekeliling, kot kot ade aweks yang bole gua ajak balik sama sama. Malangnya gua gagal. Gua pasrah, lantas meneruskan pemanduan lotus gua.
Radio pulak agak sampah. Macam hit.fm punye clubhit. Stail syok sendirik hiz.fm memang takleh lawan. Kebosanan gua naik mendadak. Suhu ekon gua sedikit merudum setelah mengesan getus ati gua yang merasa kedinginan yang melampau. Ada ketika gua meniru mimik bunyi turbo spool masa tuka gear. hmmmmmmmmm..tsssssss....hmmmm.. Fokus gua keperasanan. Gua senyum puas, tanda nikmat perasan. Macam tengok .3gp. Zasss!
Lampu minyak gua dah menyala macam lampu kelip kelip. Lantas gua menggunakan kepakaran instinct pilot Gundam gua bagi mengesan petrol stesen yang berhampiran. Gua langsung sedikitpon tak terdetik menggunakan khidmat khadam jin mahupun entiti lain demi menjalankan tugasan ini. Gua tak main ngan unsur tahyul syirik dan kurafat ni. Bagi gua, menggunakan ikhtiar sendiri, ditambah dengan sifat gua yang akur dengan qada dan qadar, lagi afdhal dan dianugerahkan barakah. Dengan itu, makam gua of cos naik, sekaligus aktiviti ini menjadi ibadah umum. Tawadduk menjadi asas hidup gua yang marhaen ini.
Lantas gua terjumpe stesen Petronas Bangi en route to Putrajaya yg lepas tol Sg. Ramal. Gua bergegas ke kaunter untuk mengugut kesyer mengapload minyak yang banyak untuk mr2 gua. Setelah kehendak gua dituruti, barulah gua ke port asal. Gua mengisi petrol ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Cume gua genius sebab gua curah petrol, bukan air. Kalau orang tua tua dah ade kete datsun dulu, maybe pepatah dah jadi macam "Ibarat mengisi petrol ke daun keladi". Karam Singh walia bole Migraine camni.
Tetibe gua didekati seorang budak yang bersongkok, bertshirt dan berseluar slack cokelat ding dang. Gua hanye usha camtu je, pikiran gua kat masalah gua yang masih solo dan takde aweks.
"Abang, ni saya dari sekolah tahfiz untuk anak anak yatim. Saya nak mintak derma untuk sekolah kami bang. Kalau abang derma, abang dapat resit rm10 dan ade cd nasyid sekali bang.." jelas budak tu dengan muka kesian macam kene ragging basuh sebaldi spender sinier asrama.
Cilakak, ni zaman ape derma tepi jalan ade resit, bentak hati gua yang femes dengan semangat pemberontakan. CD ni lancau ape ade gambar brader serban tak abes peluk aweks. Woi lahanat, stail camni bole dapat aweks, tergugat la kredibiliti aku sebagai legend Sg. Lui. Gua lagi peli pekejadah derma tahfiz ade dapat cd gambo aweks. Ni kalah MLM Unstoppable yang suwey lagi loser tuh.
"Gua takde duit la bai. Gua kerani cabuk je" Gua atur ayat penipuan gua agar kelihatan real dan bersahaja.
Cilakak lagi. Pekejadah gua terlepas cakap gua kerani. Mana kerani pakai mr2. Binawe syaiton. Gua kene carik ayat deceiving yang lebih berkesan. Patutnye gua cakap pinjam je mr2 nih. Terlajak perahu bole diundur, terlanjur kate? Argh siamang, gua ligat berpikir tektik keji seterusnya.
"Derma abang. Anak yatim ni, untuk sekolah tahfiz" desak budak itu selepas mengesan kekantoian gua berpidato. Rilek, legend kasik line dulu, baru dier bangkit.
Tetibe gua dapat idea yang terlampau genius dan brilliant. Dengan pantas dan tuntas gua menyusun kata,
"Lu ni skolah tahfiz ke? Kire Hafiz kat situ la eh.." umpan gua dengan soalan satu jawapan..
"A ah bang. Saya talib kat sana. Derma bang..Ikhlas.." gasak budak dengan konfiden kat gua. Mata nak wat bersinar macam Puss in Boots. Siap keluar talib, bajet gua tatau la bahasa arab. Brengsek. Tak yah perasan la beb, gua kental. Takde perasaan. Dier ingat gua lauk sangat ke mende nih. Tak sedar yang lu dah masuk ke perangkap gua.
"Bape lu nak? Rm100 bole kasik..Tapi dengan syarat.."ayat gua dah macam ahli parlimen dah nih, lutut gua dah terketar nak sambung ayat.
Budak tu terkebil menunggu ayat seterusnya dari gua. Dan bajet dapat tapau gua la tu.
***********************
" Lu bole sambung ayat jumuah ni tak; 'Ya ayyuhallazi naamanu izanuliyalissolati minyyaumul jumuah..'.. Lu kan Hafiz, ni senang punye la...." kata gua sambil grinning.
Tak sia sia aku masuk kelas tarannum dulu walopon kene paksa dengan ustat Wan Noh dulu. Berguna jugak ilmu macam ni, especially digunakan untuk tujuan macam ni, sengih gua dengan kerek.
************************
"Surah ape ni bang, tatau pon.." Argh lahanat lu la, surah Al jumuah pon tatau.
" Ape kate kalau lu berambus dari mata gua, pastu pegi hafal surah lazim dulu, nanti jumpe gua mintak derma ok?" arah gua dengan super kerek. Gua dah kerek kuasa dua nih.
************************
Dengan perasaan terkantoi, ditambah lagi muka seposen gua, budak tu pon lenyap dari pandangan gua. Nasib baik gua tak jerit macam Bezita "Lenyaplah!". Sure dengan petrol stesen tu lenyap sekali bahasa kuasa super saiya gua.
Cis gua bengang tol. Nak kene gua biarlah berilmiah. Gua rase budak tu Iqra' pon tak abes, muqakkam pon tak penah jejak, ade ati nak test ilmu sekolah high skool kajang gua yang suam suam kuku? Cis, nasib baik gua tolerate malam tu. Kalau ngan Brader Manjoi kompem dah kene makam As Sajadah, Al Insan bagai. Kang gua soh baca Al baqarah sampai abes memang tak balik la lu budak. Gua anti scammer!
p/s: sile la baca balik ayat ayat yang kite penah hapal, ni seruan gua pada lu sekalian. Bukan untuk masa macam kat atas, tapi untuk diri sendirik jugak. Apahal gua dah jadi alim nih? Alhamdulillah, gua syukur!
Eh hello! I'm back kekekekeke
10 months ago
haha..beb, gua blajar taranum dgn ustaz wan noh gak dulu..mmg surah al-jumuah la manjang..
ReplyDeleterespect ar ko test budak tahfiz tu..boleh aku try jugak kat budak2 tahfiz yg lain yg mintak derma..
bukan ape, kita takut scandal2 kathiron jiddan yg mengekploitasi golongan2 kanak2 ni..
kadang bukan ape, kite kesian tgk budak2 bergelimpangan ibarat cendawan di tepi kayu balak..ada manusia yg menggunakan kesempatan terhadap sifat insan dalam diri kita yang kasihankan kanak2 yg dalam kesusahan, untuk mengaut keuntungan sendiri..
kadang2 die mintak brape2 pon aku bg singgit je, sbb pada aku, singgit tu lepas la budak tu makan roti canai ngan air suam, sperti mana aku lalui zaman lepas spm dahulukala..
masalah sekolah2 ni, takde yg nk sponsor kot..satu cadangan bernas dari aku yg tak seberapa ni, buat lah fund raising untuk anak2 yatim dgn cara berniaga bende2 yg mengajak ke arah agama..bukan dgn cara meminta sedekah..
imej ahli tahfiz kite taknak dikaitkan dgn amalan mintak sedekah, maka tanggungjawab kitelah nak membela nasib mereka..lebih2 lagi kalau mereka ni dari golongan anak2 yatim dan anak2 org miskin
firman Allah s.w.t, surah Al-Ma'uun
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)."
Benarlah kata2 Allah yang maha agong..
-Osemness-
mak aih panjang lebar...saspek2, ilmiah nih...
ReplyDeletetapi bgho aku tak puas ati, brader serban peluk aweks bgho. aweks free bai. mana nak cari. cd nasyid modern kontemporari nih. gua tercabar abes. sbb tu gua boikot budak tu punye kehkehkeh