Ruangan gua promote bisnes akak bisnes

Ni iklan akak bisnes punye spot, lu orang jangan nk komplen banyak. Akak bisnes dah sound gua awal-awal letak link dier kat tempat paling obvious. Marketing kena agresif dan kencang, ujar Rahim Osemness kepada gua. Lagipun gua tau gua banyak kontek hehe..



Perkhidmatan andaman dan mekap mekap..







apa jenis topik yang patut gua ketengahkan?

Wednesday, April 28, 2010

Gua, Bergie Alfonso dan Intisari Rancangan

Riwayat kali ini berkisar tentang perlakuan gua yang dan perlakuan member gua yang bole dikatekan legend kampung melayu banting. Nama brader ni Berg, nama penuh dier Bergie Alfonso.

Berg seorang anak kelahiran Redlands dan bersekolah di sekolah sume jantan dari form 1 sampai form 5. Gua harap jangan ade yang salah paham hubungan gua dengan Berg. Hubungan kami intim sekadar rakan sepermejaan, tak lebih dari tu. Ade la ketika kami bergurau mesra, mungkin janggal bagi ex-skolah bukan sume laki. Berg dan gua punye gurauan agak luarbiasa. Aritu kitorang kantoi tiup tiup telinga dengan Cekgu Lela. Bagi kami ini adalah rutin harian, mungkin masyarakat luar kurang memahami culture kami seterusnya memandang serong kat gurauan kami. Jadi bekas skolah sume laki sememangnye menjadi challenge yang taf bagi seorang yang baru masuk ke hierarki sosial yang bias.

Namun tohmahan itu tak memberi kesan mental dan fizikal ke atas kami. Kami tetap chill main tiup telinga. Gua deduce dulu masuk skolah ade awek ke takde ke still tak menjamin kemandirian spesies gua. Gua rase sekolah tak memainkan peranan penting dalam proses awek hunting, karut gua dengan tenang. So lu jangan nak gebang skolah lu takde awek ok kalau lu takde.


Ade aritu kelas gua kene buat satu suratkaba untuk klas bahasa omputeh. Sume klas kene compete untuk hadiah krayon dan pemadam tikam. Gua rase pertandingan tu sia sia. Baik gua mempersiapkan diri dengan skill CS dan Pikachu Volleyball saban hari. Namun kutu kutu klas gua sebulat suara memfitnah gua supaya bertanggunjawab ke atas ruangan hiburan. Alang alang gua kene fitnah, gua heret Berg sekali. Berg ni takde feeling tacing tacing maka dier sempoi je kene fitnah ngan gua. Gua puas ati dapat kenekan member sekali. Jelas nampak ciri ciri tipikal seorang Melayu yang penuh hasad dengki.


Perbincangan di bilik Berg petang tu tak berapa membawa hasil. Perbincangan kitorang terpesong ke arah game, Kamil sengal dan awek awek kampung. Ditambah lagi dengan kehadiran kutu kutu lain kerana bilik Berg adalah antara port paling masyhur kat kampuan banting. Ade vending machine, GRO, air milo Chep, game arked, switch LAN, dan macam macam lagi. Penganut kepercayaan Dota sering bertandang sebab Berg adalah penganut yang biase biase tapi skill kamjad power. Selalu jugak gua tengok bilik Berg gelap tapi gua tak suke saspek buruk buruk kat deskmate gua. Gua husnuzzon.

Lepas tu kitorang membawa haluan masing masing untuk tdo petang tanpe membazirkan tenaga dari lunch tadi untuk bersukan. Buat bazir kalori je, getus hati gua. Tempe tengahri tadi masik terasa di saraf rasa gua. Rasenye yang lemak, tekstur yang lembut dan nama yang jawa membuatkan gua tdo lena petang tu.


Malam pulak gua dan Berg mendedikasikan masa lapang kami dengan mentelaah CS, Komik dan Movie baru donlod masa weekend. Masa kami terisi dengan begitu banyak material taghut sehingga kami pon dah tahap bukak mesjid baru kat bilik Berg bagi meneutralkan balik keadaan. Kat bilik Berg yang gua rase takde kasino dan pusat taman tema air/hiburan. Taman tema tdo adelah, malaun malaun dah tdo kat mana mana tanpa mengira sentimen masyarakat. Ade yang selambe badak tdo dalam loker, bergayut kat tingkap macam kongkang, nyorok bawah katil dan dalam kain pelikat member sendiri. Gua tengok dah lebih kurang kem pelarian perang Kandahar. Bantal pon dah kongsi sampai 8 orang. Tak penah hayat gua tengok kehidupan yang begitu ekonomi. Sampah sampah dalam bilik pon kadang kadang gua tengok dah terlupus dengan sendirinya. Gua terkujat kehairanan.

Rutin gua sepanjang 3 minggu lebih kurang macam tuh. Takde perubahan drastik dan tuntas. Yang gua sedar ade bekas megi minggu lepas yang tak basuh lagi. Ni mesti keje Yob, rumate gua yang lagi sengal dari gua. Tup tap tup tap, 3 minggu dah abes. Gua ngan Berg dah gelabah ayam pasal projek kitorang. Besok dah dateline. Barua kutu lain distract gua 3 minggu nih, ujar gua untuk menyedapkan perasaan.

Gua gelabah carik contoh klas lain tapi depa kedekut nak mampus. Gua sogok megi pama pon kerek takmo kasik suha sket. Unta betol la barua sume tuh. Berg dah kalut nak buat artikel hiburan kat Words. Hiburan pekejadah, cite pasal Dota Berg tau la. Pasal AF sekor sekor buta realiti show. Idea, idea....

Gua bergegas ke bilik Berg untuk mengatur satu meeting yang urgent gaban di saat saat genting. Kitorang ade kurang 24jam untuk bertindak. Sekeping suratkaba The Star edisi bile ntah mengiringi kedatangan gua ke bilik Berg. Gua klem ruangan hiburan The Star tak gebang kuat. Gua cadang supaya mendapatkan tabloid seperti Metro supaya ayat ayat kencang gosip dapat kami plagiat.

Berg mengharamkan penggunaan tabloid melayu kerana mengkhuatiri ayat alih bahasa mungkin tak se best yang disangka, lagi lagi English kami hanya tahap suam suam kuku. Not bad jugak pendapat Berg ni, tak langsung nampak beliau dari Redlands. Genius dan berjiwa ilmiah. Gua pulak rase penggunaan tabloid tak bole menggambarkan sifat professionalisme kami. Maklumat perlu tepat padat dan melariskan jualan akhbar, seru gua dengan yakin masa diskusi itu. Gua terasa hebat macam pengurus syarikat dalam drama tipikal melayu. Level intelektual gua masih bole diterima pakai lagi.

Lantas dengan masa yang singkat kami berjaya develop satu ruangan hiburan yang bakal menggegar institusi hiburan kampung banting sekaligus negara. Teamwork kami membuktikan tiada yang mustahil melainkan yang mustahil.

Esok nya gua submit kat ketua klas. Muke ketua klas dah lain macam, gua rase dier nak sound. Tadahal, gua bole sound balik cakap seluar dier senteng tak cool langsung. Pastu dier tunjuk kat sume orang, barua betul...


*****************************

"Apejadah sume intisari rancangan yang ko buat nih. Siap ade ruangan nombor ekor. Kurafat gile lu nih. Lu makan salah ubat ke" gelak barua barua lain kat gua dan Berg.

Page tu dah 3/4 penuh dengan intisari rancangan, siap ade satu cenel pasal gaban. Satu hari sume cite pasal gaban. Selamat pagi Gaban la, Respirasi Pagi Gaban, Buletin Gaban, Gaban Hari ini, Siri Bercakap dengan gaban etc.. Pastu gua malas gua curik intisari rancangan dari The Star langsung tak quote, gua tuka nama cenel je kasik nama dramatic sket. Gua sket tak goyang plagiat.

************************

Si Berg punye idea la letak result nombor ekor. Ni pon plagiat The Star. Complete dari magnum, Toto Sukan, Damachai sampai la ke Jackport. Gua kompem ruangan ni sekadar penuh ruang je. bagi menjaga hati Berg gua tulis artikel pasal orang kampung kantoi kat dalam kedai toto. Gua dah pandai karut dah masa tuh. Gua gebang kate brader tu kantoi sedawa sebut alhamdulillah. Bijak gua mengatur alibi. Yang gambar gua letak gambar barua klas gua jugak. Tu pon lepas gua sogok ngan nestum 3 in 1.

Kolum gua ngan Berg jadi ruangan paling hangat kampung banting time tu. Malangnya kolum kami kalah sebab ade barua kelas main kabel baik punya. Cite pasal Hollywood ape barang, tak berkembang minda betol, kompem layan AF American Idols tahap leleh nih. Fag gila bai! Kami tetap redha. Yang penting persahabatan kami utuh sampai skang. Pergh ayat kipas gua, terbaik!


p/s: Ni gua kasik riwayat betol takde gebang punya. Lu tanye la Bergie Alfonso, dier konpem klem dier legend jugak. Pasal intisari rancangan tu, gua sampai skang pikir feasibility cenel yang sume pasal Gaban. Lagu Gaban pon ramai hafal, ntah bape juta views kat youtube. Gua rase cenel Gaban bole idop, tadahal lah!

Gua Nak Beli Sebiji Gundam


Rase rase yang mana gua nak? Gua belanje jambu 999 sape betol..

Cilake mahal RM2rat lebeh celah mana nak cekau duit nih. Takkan nak berangan bawak gundam sambil drive Wira Perkasa. Gua nak jugak rase psychoframe ngan ade heightened awareness ability. Cool tak ingat beb, gua paling otai gundam kat Sg Boye. Genetik legend tu dah ade, tinggal celah mana gua nak beli/cilok/jumpe sebijik Gundam nih? Takde ke orang tertinggal tepi jalan ke? Ade brader misterius hadiahkan kat gua sebab gua tolong angkut dier balik masa ujan naik Wira Perkasa? Haih.



Kalau gua beli yang nih, kompem gua dapat major respek dari satu Sg Boye. Awek awek pon berebut kat gua. Sepantas kilat gua jadi hot macam goreng pisang panas.


Tapi gua sedar yang gua sebenarnye berangan kencang. Impian gua dah tinggal jadi kenangan. Gua pasrah di malam hari. Baru teringat gua tak solat isyak lagi. Patut la panas semacam...


p/s: Gua malas sket malam ni nak karut, gua nak fokus pada ukhrawi la kejap. Lama sangat bertaghut. Kene muhabalah nih.

Makam Gua Naik Mendadak!

Gua ade cite hot yang gua kompem lu naik nyampah kalau baca. Gua dah naik makam dah, tahap pemanduan gua bukan level driver saga kete kebal berGT wing dan berekzos tin kosong. Gua menuntut dengan brader AAM. Brader AAM tu sangat power, bole detect gua kasik premature braking. Gua saspek! Tapi gua dinasihati mempraktikkan sume ajaran di mana mana. Gua akur.

Habis la tempat parking mesjid Sempam, parking mesjid Bandar Baru jadi tempat gua buat slalom and kornering. Bukan ape, kalau dah azan gua terus je masuk solat jemaah. Amik berkat, pelajaran jadi hebat. Power gak gua bermadah.



Kerete impian tidur basah gua. Setelah gua berkalkulasi, gua bole beli kete nih berpinjaman bank 9 tahun macam biase. Tapi gua kene melantak kodok pagi petang siang malam. Kalau gua kawen time tu, gua kongsi kodok gua dengan bini. Gua kental. Bini gua pon gua paksa jadi kental macam gua. Janji kete korner power masa tengah vakum kapet.

p/s: Lepas ni gua bole la potong 8 kancil sambil makan fries. Bakat tak ingat bai!

Tuesday, April 27, 2010

Riwayat seorang Hafiz di stesen minyak

Masa tu gua nak balik. Gua dah malnutrisi dan kwasyiokor, akibat perhambaan secara intensif. Nasib baik gua cakap gua ade penat sket arini, sengugut. Penipuan gua yang genius berjaya dengan lancar.

Pemanduan mr2 gua malam itu lancar. Malam yang suam suam kuku menaikkan mood perasan bes dalam hati gua. Sekali sekala gua pandang sekeliling, kot kot ade aweks yang bole gua ajak balik sama sama. Malangnya gua gagal. Gua pasrah, lantas meneruskan pemanduan lotus gua.

Radio pulak agak sampah. Macam hit.fm punye clubhit. Stail syok sendirik hiz.fm memang takleh lawan. Kebosanan gua naik mendadak. Suhu ekon gua sedikit merudum setelah mengesan getus ati gua yang merasa kedinginan yang melampau. Ada ketika gua meniru mimik bunyi turbo spool masa tuka gear. hmmmmmmmmm..tsssssss....hmmmm.. Fokus gua keperasanan. Gua senyum puas, tanda nikmat perasan. Macam tengok .3gp. Zasss!

Lampu minyak gua dah menyala macam lampu kelip kelip. Lantas gua menggunakan kepakaran instinct pilot Gundam gua bagi mengesan petrol stesen yang berhampiran. Gua langsung sedikitpon tak terdetik menggunakan khidmat khadam jin mahupun entiti lain demi menjalankan tugasan ini. Gua tak main ngan unsur tahyul syirik dan kurafat ni. Bagi gua, menggunakan ikhtiar sendiri, ditambah dengan sifat gua yang akur dengan qada dan qadar, lagi afdhal dan dianugerahkan barakah. Dengan itu, makam gua of cos naik, sekaligus aktiviti ini menjadi ibadah umum. Tawadduk menjadi asas hidup gua yang marhaen ini.

Lantas gua terjumpe stesen Petronas Bangi en route to Putrajaya yg lepas tol Sg. Ramal. Gua bergegas ke kaunter untuk mengugut kesyer mengapload minyak yang banyak untuk mr2 gua. Setelah kehendak gua dituruti, barulah gua ke port asal. Gua mengisi petrol ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Cume gua genius sebab gua curah petrol, bukan air. Kalau orang tua tua dah ade kete datsun dulu, maybe pepatah dah jadi macam "Ibarat mengisi petrol ke daun keladi". Karam Singh walia bole Migraine camni.

Tetibe gua didekati seorang budak yang bersongkok, bertshirt dan berseluar slack cokelat ding dang. Gua hanye usha camtu je, pikiran gua kat masalah gua yang masih solo dan takde aweks.

"Abang, ni saya dari sekolah tahfiz untuk anak anak yatim. Saya nak mintak derma untuk sekolah kami bang. Kalau abang derma, abang dapat resit rm10 dan ade cd nasyid sekali bang.." jelas budak tu dengan muka kesian macam kene ragging basuh sebaldi spender sinier asrama.

Cilakak, ni zaman ape derma tepi jalan ade resit, bentak hati gua yang femes dengan semangat pemberontakan. CD ni lancau ape ade gambar brader serban tak abes peluk aweks. Woi lahanat, stail camni bole dapat aweks, tergugat la kredibiliti aku sebagai legend Sg. Lui. Gua lagi peli pekejadah derma tahfiz ade dapat cd gambo aweks. Ni kalah MLM Unstoppable yang suwey lagi loser tuh.

"Gua takde duit la bai. Gua kerani cabuk je" Gua atur ayat penipuan gua agar kelihatan real dan bersahaja.

Cilakak lagi. Pekejadah gua terlepas cakap gua kerani. Mana kerani pakai mr2. Binawe syaiton. Gua kene carik ayat deceiving yang lebih berkesan. Patutnye gua cakap pinjam je mr2 nih. Terlajak perahu bole diundur, terlanjur kate? Argh siamang, gua ligat berpikir tektik keji seterusnya.

"Derma abang. Anak yatim ni, untuk sekolah tahfiz" desak budak itu selepas mengesan kekantoian gua berpidato. Rilek, legend kasik line dulu, baru dier bangkit.

Tetibe gua dapat idea yang terlampau genius dan brilliant. Dengan pantas dan tuntas gua menyusun kata,

"Lu ni skolah tahfiz ke? Kire Hafiz kat situ la eh.." umpan gua dengan soalan satu jawapan..

"A ah bang. Saya talib kat sana. Derma bang..Ikhlas.." gasak budak dengan konfiden kat gua. Mata nak wat bersinar macam Puss in Boots. Siap keluar talib, bajet gua tatau la bahasa arab. Brengsek. Tak yah perasan la beb, gua kental. Takde perasaan. Dier ingat gua lauk sangat ke mende nih. Tak sedar yang lu dah masuk ke perangkap gua.

"Bape lu nak? Rm100 bole kasik..Tapi dengan syarat.."ayat gua dah macam ahli parlimen dah nih, lutut gua dah terketar nak sambung ayat.

Budak tu terkebil menunggu ayat seterusnya dari gua. Dan bajet dapat tapau gua la tu.


***********************


" Lu bole sambung ayat jumuah ni tak; 'Ya ayyuhallazi naamanu izanuliyalissolati minyyaumul jumuah..'.. Lu kan Hafiz, ni senang punye la...." kata gua sambil grinning.

Tak sia sia aku masuk kelas tarannum dulu walopon kene paksa dengan ustat Wan Noh dulu. Berguna jugak ilmu macam ni, especially digunakan untuk tujuan macam ni, sengih gua dengan kerek.

************************

"Surah ape ni bang, tatau pon.." Argh lahanat lu la, surah Al jumuah pon tatau.

" Ape kate kalau lu berambus dari mata gua, pastu pegi hafal surah lazim dulu, nanti jumpe gua mintak derma ok?" arah gua dengan super kerek. Gua dah kerek kuasa dua nih.

************************

Dengan perasaan terkantoi, ditambah lagi muka seposen gua, budak tu pon lenyap dari pandangan gua. Nasib baik gua tak jerit macam Bezita "Lenyaplah!". Sure dengan petrol stesen tu lenyap sekali bahasa kuasa super saiya gua.

Cis gua bengang tol. Nak kene gua biarlah berilmiah. Gua rase budak tu Iqra' pon tak abes, muqakkam pon tak penah jejak, ade ati nak test ilmu sekolah high skool kajang gua yang suam suam kuku? Cis, nasib baik gua tolerate malam tu. Kalau ngan Brader Manjoi kompem dah kene makam As Sajadah, Al Insan bagai. Kang gua soh baca Al baqarah sampai abes memang tak balik la lu budak. Gua anti scammer!

p/s: sile la baca balik ayat ayat yang kite penah hapal, ni seruan gua pada lu sekalian. Bukan untuk masa macam kat atas, tapi untuk diri sendirik jugak. Apahal gua dah jadi alim nih? Alhamdulillah, gua syukur!

Kisah Bekas Hamba

Pool dah kate gua kene himpunkan riwayat kisah pembelajaran gua. Gua kene adil dan saksama. Sebelum tu gua nak rawi satu hikayat masa gua first first jadi hamba kompeni jepun.

Kompeni jepun ni takde la seimperial Kompeni Hindia Timur Inggeris, kompeni ni perasan bes je. Dah nama pon Jepun, sah sahlah mengikut ajaran animisme Otromen dan bertonggakkan dongeng Doreamon. Kompeni Jepun ni mengamalkan ekonomi kapitalis perhambaan yang ektensif. Ramai jugak manusia manusia terperangkap dengan janji syurga dunia kompeni nih. malangnye sume dah terperangkap jadi hamba fitnah.

Sistem perhambaan yang diamalkan Kompeni Jepun ni berleluasa. Anggaran kasar hamba hamba dalam kiraan 10000 orang. Pelbagai kaum serta bahasa difitnah menjadi hamba paksaan. Kompeni ini juga femes sebagai kompeni yang mengamalkan dasar hamba sampai mati di seantero dunia. Mereka juga ade terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia bagi tujuan eksperimen dan perkulian batak.

Setiap hamba dicop buntut mereka bagi tujuan hakmilik kekal. Macam lembu, mereka melecur akibat dicop dengan besi panas, kadang kadang sakit sampai buasir. Sapa yang ade kayap lagi parah. Sampai berkudis gua tengok, nak garu pon pedih. Azab bai. Kesian. Gua dapat eskep sebab gua menyamar jadi pak gad. Penyamaran tahap SB gua tak tipu!

Setiap cop panas dilengkapi teknologi scan kedatangan. Kompeni ni bijak, takkan nak main sain sain je. Memanjang je eskep hamba sahaya bagai. Setiap kali nak masuk kilang hamba kene tonggeng buntut kat sensor. Acapkali hamba ni datang sheikh kentut setiap kali scan. Kalau sume 10000 hamba kentut masa scan, mau tak puaka sensor scan tu? Gua nak tengok sensor tu pon tak rela. Tu pasal gua menyimpan semangat rebellious dari belenggu kompeni syaitan nih. Semangat berjuang meluap luap. Azam gua nak bakar kompeni ni dan membebaskan hamba hamba. Kire gua dah tambah kredit untuk kifarah nanti.Tak perlu susah puasa 2 bulan. Kahkahkah.

Akhirnye gua dah tuka kasta sosial gua. Gua dah improve kat hierarki piramid sosial. Dari hamba gua masuk golongan borjuis dah. Hehe. Legend is legend.


p/s: Gua ingat dah tuka keje dah takde Jepun. Tapi jumpe jugak puak "due to" nih. Gampang. Sume tempat ade ke? Samurai X penah klem "Takkan Hilang Jepun di Dunia" ke? Cilakak!

Sebijik Judgement Day Terminator Bai!!!

Gua tak tipu. Masa gua keje tadi gua nampak kepulan asap jauh nun di sana. Ni gambar untuk kutu kutu yang tak pecaya kejujuran gua.

Nampak tak white smoke tepi bangunan tu. Gua saje je nak tonjolkan bakat fotografi gua. Ade jiwa beb! Amacam? Nampak dramatik tak?


Gua terus tergamam. Nuke blast, speculate hati gua. Tak tahan jugak dramatik hati gua nih, nak yang gempak je. Tapi siries sebijik mushroom cloud. Mak aih, nuke blast kat area Rawang? Cilakak. Maunye gua dah transform jadi Hulk kalau kene photon nuke blast nih. Pakai spender amuk amuk is not cool bro. Baik gua amik tindakan susulan sebelum gua jadi lagi teruk dari The Beast, dada berbulu.

Dalam keadaan menyakinkan gua klem ade nuke blast kat luar kat malaun malaun lain. Ade ke depa tak layan, siap bole tuka tayar Viva kapok lagi. Cilakak, WMD mana bole buat main main! Ni kes sejagat nih, Nuclear Holocoust bai, ni Judgement Day dalam Terminator nih!

Gua sekaligus pikir keboleupayaan gua menjadi legend. Lagi Legend dari John Connor. Gua dah stat pandang kiri kanan; carik bateri bateri kete yang boleh gua buat bom, macam yang gua belajar dari McGyver. Gua kene lead sume orang untuk kumpul survivor menentang terminator yang jahat dan tidak berperikemanusiaan. Jiwa gua sebelum ni memang terbukti luhur dan rebel & leftist naturally, gua rase tugas lead survivor Judgement Day memang ditakdirkan untuk gua. Gua memang ditakdirkan untuk legend. Tak saba gua nak cakap "..If you're listening to this, you're the Resistance.." Pergh. Macho tak ingat! Sengih gua sambil melilau carik bateri.

Tetibe hasrat gua terbantut sebab jam dah 545pm. Gua kene balik umah dulu. Tunggu esok la gua nak jadi legend. Judgement Day can wait, Terminator can wait. Gunung dikejar takkan lari. Gua kene kejar sebelum jalan balik jem. Tambah lagi masalah untuk legend macam gua, jalan mana yang tak jem nih. Argh! Besa betol tanggungjawab gua!


p/s: Cilake, rupenye yang mushroom cloud tu kilang cat terbakar. Buletin Utama sound gua tadi. Sia sia je gua cuak awal. Lahanat. Perosak impian la tu. Tapi gua tak tahan pemberita pempuan tu sebut "gel", jadi "Gell". TKC sial, Power GELL!!

Lagenda Wira Perkasa

Dulu gua dah gebang yang gua ade satu Wira. Nama wira gua Wira Perkasa, sempena nama motor Satria Baja Hitam yang berkelajuan cahaya. Arakian nama ibarat kerek kerek sket, namun kemampuan Wira Perkasa tidak dapat dicelen oleh mana mana kete lagi.

Lupe lagi, nak cite yang gua ade 3 ekor kereta pada umo 25 tahun. Kalau nak ikutkan gua ade 4 ekor, tapi lagi satu tu gua jual kat Bgho Radin pada harga NZD300. Cilakak murah gila, nyesal gua jual. Baik gua buat sewa angkut balak kat Pos Dipang. Ni adalah list kereta gua:

1. Da Mid-Engine Beast-misterius lagi power. Silent killer menatang nih, gua penah bantai 120kmh kat korner naik terowong Genting Sempah, jalan dari KL. Setakat ni gua dah tapau pelbagai jenis kenderaan, kat sini je la. Masa korner je gua score, straight line Myvi penah tapau gua. Period.(cool ni letak 'period', macam blog aweks)

2. Wira Perkasa- mampu menten laju 140kmh walopon kat jalan Bukit Sentosa. Abes berterabur mat rempit kene tempias angin Wira Perkasa. Laju macam Naga Gaban di Dimensi Shaiytan. Cume kesian kat Wira Perkasa, skebes dah naik kat bumbung dier. Takpe. Nanti gua pau budak skolah asrama punye stok ubat skebes.

3. Kelisa - Gua baru je berjinak jinak dengan haiwan nih. Takleh komen lagi, gua tak cukup haul.

4. Toyota Starlet PP436 (RIP)- Kete gua bawak lenjan pegi snobod kat Mt hutt. Fizikalnya boleh dikatakan barai, tapi masih lagi serbaguna. Lepas kene jual kat Radin lagi sadis, gua takmo cite banyak. Sebak...Ade ke tak isi minyak main tolak kete masuk simpang. Lu gila ape bro? Minyak itam dah tak layak jadi minyak itam. Kadang kadang gua mimpi jeritan batin Starlet gua, tapi apekan daya. Jodoh kami tersekat dek Radin.

Berbalik kepada cerita gua, Wira Perkasa ni memang laju gaban. Gua tak tipu. Gua dengar stering gua dibuat dari tulang belakang Naga Gaban. Mistik gila. Gua rase dier laju sebab pakai enjin karburator hibrid ngan minyak itam Duckhams. Selamber badak je gua bantai 180kmh kat jalan Sg Boye. Gua tau gua power, tapi tu sume berkat doa gua tiap tiap kali lepas solat. Tambah lagi doa naik kenderaan. Amin.

Wira Perkasa bole kasik gua kepantasan seperti gerakan sejenak. Sebenanye gua tak pijak pedal pon speeding, gua hanya terpikirkan tempat dan nafasnya. Lantas Wira Perkasa akan memecut ke destinasi. Kalau ade lubang besar, otomatik sensor Wira Perkasa akan activatekan levitation sperti UFO. Untungnye Wira Perkasa nih, gua tak perlu isi minyak. Gua hanye gune udara sekeliling untuk menjana power. Begitu mesra alamnya gua. Sume ni fakta benar mengenai Wira gua. Gua rase Wira ni laju sebab ade turbo built in kat enjin karburator dier. Maybe dalam ECU ade software turbo. Pergh. Paling kurang bole tambah 50hp nih.

Semalam gua tapau brader saga kete kebal ekzos besar ade GT wing. Gua ingat gua nak test la sket cucuk angin. Dier stat dulu, gua sampai tak nampak headlamp dier. Gampang betol, gua punye la pemandu berhemah. Sekali gua folow. Gua kasik arahan simple kat Wira Perkasa untuk folo kete kebal tu, yang pada mulanya gua ingat ade turbo tapi malangnye ekzos sampah dan Wing untuk sidai spender. Gua malas layan picisan macam ni. Gua aim kete macam Ferrari, Elise dan Murchie. Kadang kadang gua layan dengan Kancil. Gua still menang.

Sekali gua teringat nak buat proof kat brader brader lain pasal kelajuan Wira Perkasa yang gampang lajunye. Ni ha gua amik gambar pakai henset gua yang ade router dan DVD player. Kalau lu pikir, sape lagi power? Kete gua ke gua yang bole amik gambar secara rilek semasa 180kmh? Renung renungkan, dan selamat beramal!


Time gua tengah makan beger MekMega, abang angkat MekBesar. Kalau lu perasan RPM 3k je, power tak power la Wira Perkasa gua. Ni sebelum gua supply udara kat tank, sebab tu dah dekat E.


Masa ni gua sedang bertasbih, kene perlahankan kete agar gua lebih khusyuk dan focus.

Wira Perkasa ni mesra alam. Beliau menempatkan niche habitat untuk hidupan hidupan seperti semut lipas dan badak air. Semalam gua dah halau semut dan telurnya sebab gua nak buat sangkar ikan keli. Gua dengar kaye beb MLM keli. Sempoi bai sempoi!

p/s: Gua dah supply ngan gambar takkan lu nak jadi munafik tak pecaya cite gua. Brader Manjoi dah tabik spring kat gua sebab bawak dier skalik merasa kepoweran Wira Perkasa. Tuan umah cakap lagi laju dari Evo X. Gua tawadduk je.